DAP Namakan Young Syefura Calon Parlimen Bentong

Politics
26 Oct 2022 • 12:18 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Young Syefura Othman - Gambar fail

KUALA LUMPUR - DAP mengumumkan calon parti itu untuk kerusi Parlimen di Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke membuat pengumuman mengenai calon di empat kerusi Parlimen daripada keseluruhan 14 kerusi di Pahang di ibu pejabat DAP di sini, hari ini.

image is not available
Anthony Loke

Senarai calon:

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji – Lipis

Chiong Yoke Kong – Tanah Tinggi Cameron

Chow Yu Hui – Raub

Young Syefura Othman – Bentong

Susulan itu, Young Syefura dijangka menentang mantan Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai yang juga bekas Ahli Parlimen Bentong sebelum tewas kepada DAP pada 2018.

image is not available
Liow Tiong Lai

“Ini adalah langkah untuk memecahkan politik perkauman. Young Syefura akan menjadi Ahli Parlimen wanita Melayu pertama (untuk Bentong) jika beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen.

"Saya mempunyai keyakinan penuh terhadapnya kerana beliau mempunyai rekod prestasi yang baik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari," kata Loke pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, hari ini. – The Vibes, 26 Oktober 2022