DAP Pulau Pinang kemuka lebih 19 nama cadangan calon

Politics
20 Jul 2023 • 6:44 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

GEORGE TOWN: DAP Pulau Pinang telah mengemukakan lebih 19 nama cadangan untuk menjadi calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pengerusinya Chow Kon Yeow berkata senarai tersebut telah dikemukakan kepada Setiausaha Agong DAP Anthony Loke dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat akan memuktamad senarai.

“DAP negeri mengemukakan lebih daripada 19 nama, termasuk kemungkinan beberapa muka baru untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Mentor Connect 2023 di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu, DAP menguasai 19 daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang.

Chow berkata selepas kesemua nama dimuktamadkan, DAP negeri akan mengadakan majlis memperkenalkan calon. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved