DAP Sabah tak akan ambil sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan – Anthony Loke

LocalPolitics
2 Dec 2025 • 9:27 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mendedahkan bahawa partinya tidak akan memikul sebarang jawatan dalam Kerajaan Perpaduan di Sabah.

Menurut laporan Sinar Harian, Loke berkata mesyuarat tergempar Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) telah diadakan pada malam Isnin bagi membincangkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah.

Ujarnya, DAP melihat keputusan berkenaan sebagai satu isyarat yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan daripada para pengundi.

Jawatan dalam Kerajaan Perpaduan

image is not available

“Tidak dapat dinafikan bahawa pilihan raya kali ini mencerminkan krisis keyakinan yang serius terhadap DAP dan Pakatan Harapan.
“Para pemimpin dan anggota yang terlibat dalam kempen amat peka bahawa terdapat ketidakpuasan yang meluas dalam kalangan rakyat sepanjang tempoh berkempen.
“Berikutan perbincangan dan penilaian dalaman, kami akan mengumpulkan semua maklum balas yang diterima dan berusaha bersama dengan Perdana Menteri untuk mempercepat agenda reformasi dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya dalam satu kenyataan media pada Selasa.

Artikel lain: Sabah rasmi tubuh Kerajaan Perpaduan, GRS, UPKO, PH & BN sertai kabinet

Jawatan dalam Kerajaan Perpaduan

image is not available

Dalam mesyuarat itu juga, DAP Sabah turut membentangkan keputusan mereka kepada CEC bahawa mereka tidak akan mengambil sebarang jawatan dalam kerajaan Sabah, termasuk jawatan Ahli Dewan Undangan Sabah lantikan.

Pun begitu, para pemimpin DAP Sabah akan terus berkhidmat secara aktif kepada rakyat Sabah dan berusaha mengembalikan keyakinan rakyat.

Sumber: Sinar Harian (Hazmin Syahman Abdul Rahman)