DAP tegaskan Pulau Pinang negeri berdaulat, tolak cubaan persoal kedudukan negeri

LocalPolitics
13 Nov 2025 • 8:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

DAP Pulau Pinang menegaskan bahawa Pulau Pinang kekal sebagai sebuah negeri berdaulat dalam Persekutuan Malaysia dan menolak sebarang cubaan untuk mempersoalkan kedudukannya.

Dua entiti berasingan

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim Chee Keong menyatakan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menetapkan Pulau Pinang dan Kedah sebagai dua entiti berasingan dalam Malaysia.

“Sehubungan itu, kami akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan negeri daripada sebarang cubaan mempersoalkan kedudukan ini,” kata Steven dalam kenyataan hari ini.

image is not available

Kenyataan itu dibuat susulan laporan bahawa Kedah dalam fasa akhir memuktamadkan pelantikan pasukan guaman untuk memulakan tindakan perundangan berkaitan isu kedudukan dan hubungan antara dua negeri terbabit.

Tindakan itu dikatakan berasaskan keprihatinan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu isu pajakan dijelaskan secara telus.

image is not available

Saran MB Kedah tumpu pembangunan negeri

Susulan daripada itu, Steven menasihati Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri dan kebajikan rakyat.

“Adalah lebih wajar sekiranya Menteri Besar Kedah menumpukan perhatian kepada usaha membangunkan negeri Kedah dan menjaga kebajikan rakyatnya, bukannya berpolitik tanpa henti,” tambah beliau.

image is not available

Artikel lain: Tuntutan jelas! Kedaulatan sebenar Pulau Pinang bawah Kedah – PAS

Beliau turut mencabar PAS Pulau Pinang dan rakan-rakan mereka dalam Perikatan Nasional (PN) negeri itu untuk menyatakan pendirian berhubung tuntutan Kedah, agar rakyat jelas dengan sikap sebenar mereka.

Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata pihaknya sedia berjumpa kerajaan Kedah di mahkamah mengenai isu ini, menegaskan jawapannya tetap sama seperti yang pernah dikeluarkan tiga tahun lalu.

Sebelum ini, kerajaan Kedah pernah menuntut bayaran royalti pajakan sebanyak RM100 juta daripada Kerajaan Persekutuan selepas ia tidak dinilai semula sejak 1786.

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)