Dapat 9A SPM, Erysha Emyra Tangguh Masuk Universiti Sebab Nak Bekerja

5 Jun 2024 • 11:07 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
erysha emyra

Siapa sangka, pelakon sedang meningkat naik iaitu Erysha Emyra merupakan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2016.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki ini meraih keputusan 9A untuk subjek yang diambil termasuk Matematik Tambahan dan Sains tau!

Terbaru, menerusi temubual bersama mStar, Erysha mendedahkan punca sebenar dia terpaksa menangguhkan hasrat sambung belajar.

image is not available

Menurut Erysha, selepas menceburkan diri dalam bidang lakonan, dia merasakan ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebelum meneruskan pengajian.

Jadi rasanya sekarang ini biarlah saya bekerja dahulu.

Nama Erysha mula menjadi perhatian selepas memegang watak utama dalam drama Aku Bukan Ustazah.

Dalam drama tersebut, Emyra bergandingan dengan penyanyi rap MK dan pelakon popular, Zahiril Adzim.

image is not available

Walaupun menangguhkan pelajaran untuk bekerja, anak kepada pelakon Noniswara ini tidak pernah memandang remeh ilmu dan pendidikan.

Erysha tidak bersetuju apabila ada pengguna media sosial merakam content tentang kegagalan SPM. Malah, ada yang menganggap SPM langsung tidak penting.

Pada peringkat mana sekalipun pendidikan adalah penting. Tak elok nak galakkan orang dengan content sebegitu.

Katanya lagi, bila dah berlakon pun Erysha masuk kelas lakonan untuk memperbaiki hasil kerja tau. Patutlah makin mantap lakonan Ustazah Aminah ni kan?

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.