Dapat Bantuan Sejak 2015, Wanita Dengan 3 Anak Masih Mengemis, Suami Pula Ada Masalah Kesihatan

14 Jun 2022 • 12:21 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Walaupun telah menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), sebuah keluarga masih lagi giat menjalankan aktiviti mengemis.

Memetik laporan Kosmo, perkara tersebut terdedah selepas Skuad Saidina Umar (SSU) LZS terserempak dengan keluarga itu ketika mereka sedang rancak meminta sedekah di perkarangan masjid selepas solat jumaat.

LZS menyatakan di ruangan Facebook rasminya tentang seorang wanita bersama dua anak kecilnya menghulurkan beg dengan tujuan meminta sedekah.

image is not available

Semakan yang dilakukan mendapati bahawa keluarga itu penerima bantuan tetap dari LZS sejak tahun 2015.

Selain itu, mereka disahkan sebagai asnaf miskin dan menerima bantuan zakat bagi kewangan, makanan, raya, pendidikan dan juga bantuan tunggakan hutang.

Siasatan lanjut yang dilakukan ke rumah keluarga berkenaan mendapat tahu suami kepada wanita itu mempunyai masalah kesihatan.

Difahamkan pasangan itu mempunyai tiga orang anak dan dua orang daripadanya akan dibawa meminta sedekah ke masjid-masjid manakala seorang lagi tinggal di rumah menjaga ayahnya.

Dikatakan keluarga berikut pernah ditegur kerana meminta sedekah dan LZS menasihatkan supaya orang menyemak terlebih dahulu jika terjumpa kes seperti ini, kerana bimbang dengan orang yang suka mengambil kesempatan.

image is not available 22 jam lalu

"Ada Rezeki Lebih"- Pemuda Sedekah Haiwan Jalanan Harap Orang Buang 'Mindset' Anjing Binatang Ganas