“Dapat Lock Ke Tak?” – Ariz Ramli Dedah Dapat Job Berkempen, Letak Tanda Harga RM1 Juta Pakai Baju Parti Politik

17 Nov 2022 • 5:27 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Malam tadi, penyanyi rap sensasi Caprice mendedahkan satu hantaran video di Instagram menunjukkan tangkap layar perbualan mesej di aplikasi WhatsApp bersama seorang individu.

Individu itu dipercayai cuba memberi tawaran berbayar kepada aktivis kemanusiaan berusia 35 tahun itu untuk berkempen bagi sebuah parti politik dan bertanya berapakah bayaran yang akan dikenakan Caprice.

Kena pakai baju parti politik tu dalam video

Caprice turut diminta untuk memakai t-shirt parti politik berkenaan dan memuat naik video di laman TikTok miliknya bagi menunjukkan sokongannya terhadap parti berkenaan.

Agak-agak dapat lock job ni ke tak?

Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli mengusik individu terbabit dengan mengenakan harga RM1,000,000 jika mahu dia memakai baju parti politik.

Tak berminat dengan tawaran diberikan

Malah, penyanyi lagu Lai Lah itu turut memaklumkan kepada individu berkenaan bahawa berkempen untuk parti politik merupakan sesuatu yang bahaya sekaligus menolak tawaran tersebut.

Bahaya ah bro politik ni.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan yang dilakukan Caprice kerana tidak menyangka sesetangah parti politik sanggup membayar selebriti demi mendapatkan penyokong.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved