Dapat panggilan di kebun, bapa ingat khabar anak meninggal cerita rekaan

17 May 2024 • 8:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Pemergian Konstabel Muhamad Syafiq dalam serangan di balai polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi disangka cerita rekaan apabila bapa ingat khabar anak meninggal adalah satu penipuan.

Ahmad Said Md Piah, 65, yang mendapat panggilan daripada pihak polis sewaktu di kebun sekitar jam 8 pagi tidak menyangka bahawa hal tersebut benar-benar terjadi selepas mendapat kepastian daripada seorang lagi anaknya yang bertugas sebagai anggota polis juga.

Dapat panggilan pukul 8 pagi

Memetik laporan dari Bernama, Ahmad Said menyatakan yang sukar untuk dirinya percaya bahawa anak ketujuh daripada lapan beradik itu meninggal dunia kerana ditembak dalam serangan di balai polis Ulu Tiram jam 2 pagi 17 Mei 2024.

“Saya ingat orang hanya buat cerita atau scam (penipuan). Ada polis telefon maklumkan berkenaan kejadian itu…agak sukar nak percaya bila orang cakap anak pak cik, Syafiq meninggal dunia kena tembak…memang tak sangka betul.

“Saya balik rumah cakap dengan isteri kemudian tanya abang arwah yang kerja polis di Kuala Lumpur dan dia cakap benda itu betul, arwah kena tembak,” katanya dalam sebak.

image is not available

Kredit foto: Harian Metro

Bapa ingat khabar anak meninggal cuma ‘scam’

Ahmad Said yang juga merupakan pesara tentera menyatakan allahyarham Muhammad Syafiq memang meminati kerjaya sebagai anggota polis apabila sanggup berhenti belajar di sebuah koleh dalam jurusan forensik demi berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selepas tamat STPM (Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia), Syafiq sambung belajar dua tahun di kolej itu sebelum berhenti untuk masuk polis. Dia memang berhasrat untuk menyambung kembali pengajiannya selepas itu,” katanya.

image is not available

Kredit foto: Berita Harian

Bapa ingat khabar anak meninggal cerita rekaan, allahyarham anak yang sangat patuh

Sementara itu, ibu mangsa, Aini Mohd Shariff, 57, menyatakan yang anaknya memang seorang yang sangat patuh dan baik terhadap orang tua.

Dia juga kerap menelefon ibunya bertanya khabar sejak bertugas di balai polis berkenaan.

“Raya baru ini arwah tak balik, tapi dia ada telefon sebab nak dekat hari jadi makcik. Arwah tanya nak makan apa, nak belanja. Betul (belanja), kawan Syafiq ada datang rumah hantar makanan.

“Arwah juga berhasrat mendirikan rumah tangga tetapi mak cik nasihat tangguh dulu sebab baru kerja dan arwah bersetuju…arwah memang jenis ikut cakap mak. Kita sayang anak tapi Allah lebih menyayangi dia, mak cik reda,” ujarnya.

image is not available

Terdahulu, Konstabel Muhammad Syafiq dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dilaporkan meninggal dunia susulan ditembak oleh seorang suspek yang dipercayai ada hubungkait dengan gerakan Jemaah Islamiah (JI).

Seorang lagi anggota mengalami kecederaan parah dan sedang dirawat di hospital manakala suspek berjaya ditembak mati.

Sumber: Bernama