Penyanyi, Datin Alyah umum undur diri daripada bertanding dalam program realiti, The Hardest Singing Show (THSS).
Menurut laporan Media Hiburan, Alyah atau nama sebenarnya Datin Noor Hasliah Abu Bakar mengambil keputusan tersebut kerana bakal menunaikan ibadah Haji pada 12 Jun depan.
Susulan itu, dia memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan meminta doa daripada orang ramai agar mendapat Haji yang mabrur di tanah suci.
Datin Alyah umum undur diri

“Saya memohon untuk semua peminat mendoakan saya seterusnya mendapat Haji yang mabrur, insyaAllah.
“Saya juga ingin memohon maaf kepada seluruh tenaga kerja The Hardest Singing Show dan semua yang terlibat.
“Saya terpaksa mengundurkan diri daripada meneruskan pertandingan ini dan Saya mendoakan agar para peserta buat dengan sehabis baik,” katanya.
Datin Alyah umum undur diri

Sekadar info, Alyah telah mendirikan rumahtangga dengan maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS pada Mac 2013 yang diadakan dalam sebuah majlis secara rahsia di Indonesia.
Sumber: Media Hiburan


