Dapat Peluk Ibu Orang Lain, Wanita Buat Netizen Sebak

Family & Parenting
11 Oct 2022 • 3:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Ibu merupakan insan yang paling bernilai dan tiada galang ganti dalam hidup kita. Baru-baru ini, seorang wanita bernama Anis Ramli berkongsi bersama orang ramai melibatkan kejadian mengenai ibunya.

Menerusi perkongsian oleh Anis Ramli di LinkedIn, seorang wanita berbangsa Cina bertanyakan kepada ibunya sekiranya dia boleh memeluk ibunya itu di sebuah kedai makan di Bandar Baru, Petaling Jaya.

Rindukan ibu

image is not available

Perkongsian oleh Anis menceritakan bahawa dia sedang menikmati makanan tengah hari bersama kedua ibu bapanya. Ketika menikmati makanan tengah hari itu, mereka didekati oleh seorang wanita berbangsa Cina. Wanita itu teragak-agak pada mulanya untuk bertanya sekiranya dia boleh memeluk ibu Anis.

Ibu saya berumur 93 tahun dan hanya mampu makan melalui tiub. Sebab itu saya gembira lihat makcik makan, saya teringatkan ibu saya.

Wanita Cina itu kemudian menangis teresak-esak ketika dipeluk oleh Ibu Anis. Anis menceritakan bahawa ibunya memeluk erat ketika wanita itu sedang menangis.

Perhatian ramai

image is not available

image is not available

Perkongsian di media sosial itu memberi perasaan sebak kepada warganet. Selain itu, segelintir masyarakat juga berbangga bahawa isu yang berlaku ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman sesama masyarakat.

Kredit: LinkedIn | Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.