Dapat penghormatan dari graduan, wanita tanpa tangan genggam diploma

1 Dec 2023 • 3:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Wanita dilahirkan tanpa tangan, Norfarrah Syahirah Shaari mendapat penghormatan daripada graduan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-98 kerana berjaya menamatkan pengajiannya, semalam.

Menerusi satu muat naik, seorang pengguna TikTok @ahmadzoolhelmialias berkongsi detik-detik Farrah menerima skrol di atas pentas sambil ditemani suaminya Zulfadli Syahrul.

Wanita tanpa tangan genggam diploma

Perkongsian video tersebut memaparkan para graduan kemudian berdiri sebelum memberikan tepukan dan sorakan gemuruh buat wanita berusia 35 itu.

Dalam satu perkongsian Farrah di TikTok, dia meluahkan rasa gembira kerana memperoleh diploma dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi walaupun memegang status sebagai golongan orang kurang upaya (OKU).

“Akhirnya…. Yeayyy dah konvo,” tulisnya.

Sementara itu, Farrah mengakui sepanjang tempoh pengajian, dia menghadapi pelbagai cabaran seperti terpaksa memandu kereta sendiri dari rumahnya di Bagan Datuk ke UiTM Seri Iskandar.

“Kampus saya berada di Seri Iskandar dan cabaran untuk ke kampus adalah saya terpaksa memandu menggunakan kaki.

“Tapi cabaran itu membuatkan saya lagi bersemangat untuk menuntut ilmu,” katanya ketika ditemu bual oleh wartawan kampus tersebut.

Tambahnya, OKU bukan penghalang dalam menuntut ilmu kerana disebalik kekurangan itu, dia juga mempunyai kelebihan tersendiri.

“Bagi saya kekurangan ini bukanlah satu penghalang untuk saya belajar kerana saya mahukan sesuatu yang lebih tinggi,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen video yang dimuat naik oleh Farrah, ramai warga maya mengambil kesempatan bagi mengucapkan tahniah atas pencapaiannya.

Tak sempurna fizikal tapi sempurna jiwa…

image is not available

Tahniah!

image is not available

Malah, tidak kurang ada juga netizen yang menyuarakan rasa bangga mereka selain memuji usaha ditunjukkan oleh wanita berkenaan.

Alhamdulillah

image is not available

Satu dewan bangun!

image is not available

Saya bangga dengan awak

image is not available

Terdahulu, Farrah pernah tular di media sosial gara-gara kemahirannya memandu kereta menggunakan kaki dalam menjalani kehidupan seharian.