Dapat Sokongan Ramai, ‘Lovely Runner’ Trending Di 133 Tempat Seluruh Dunia

Entertainment
18 Apr 2024 • 3:44 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Drama fantasi “Lovely Runner” telah berjaya menarik perhatian penonton di seluruh dunia.

Menurut carta OTT platform global Rakuten Viki, “Lovely Runner” telah menduduki tempat pertama dalam tontonan di 133 wilayah seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan banyak lagi.

Malah, drama ini turut berjaya mengekalkan rating tontonan sebanyak 9.8% dengan ribuan komen positif dari penonton.

Diadaptasikan dari webtoon terkenal karya penulis “True Beauty” iaitu Lee Si-eun, “Lovely Runner” merupakan drama pengembaraan masa yang mengisahkan tentang perjalan Im Sol untuk mengubah masa depan penyanyi idolanya, Ryu Sun-jae.

image is not available

Dibintangi oleh barisan pelakon terkenal seperti Byun Woo-seok dan Kim Hye-yoon, drama ini telah berjaya menarik perhatian penonton disebabkan oleh keserasian diantara watak utama mereka serta jalan ceritanya yang berbeza berbanding drama-drama yang lain.

Drama yang sudah bersiaran sebanyak 4 episod ini boleh ditonton pada setiap hari Isnin dan Selasa di Viki.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.