Dapat Tahu Diri Pembawa Talasemia, Pasangan Ini Ambil Keputusan Untuk Putus Tunang

Entertainment
29 May 2023 • 2:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum mengetahui bahawa penyakit Talasemia merupakan penyakit bawaan keturunan yang boleh dijangkiti sekiranya kedua ibu bapa pembawa jangkitan tersebut.

Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai pasangan tunang yang terpaksa mengambil langkah untuk berpisah disebabkan penyakit tersebut.

Putus sebab Talasemia

image is not available

Menurut ciapan di Twitter, seorang wanita menceritakan tunangnya pernah memberitahu bahawa dia seorang pembawa Talasemia. Walau bagaimanapun, wanita tersebut menyangka dirinya normal dan hanya membuat ujian penyakit itu setelah mereka tunang.

Terkejut dengan keputusan dirinya juga pembawa penyakit tersebut, wanita itu dan tunang terpaksa akur untuk berpisah demi kebaikan masa hadapan.

Kami habiskan masa beberapa bulan untuk berbincang. Saya setuju ketika dia berkata, “Kita tidak boleh pentingkan diri. Kita jatuh cinta dan dapat bertemu merupakan satu rahmat. Tapi, tolong kasihankan anak-anak nanti”.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sedih terhadap pasangan itu yang terpaksa berpisah dan sempat mendoakan kebahagiaan mereka.

image is not available

image is not available

Semoga yang baik-baik sahaja mereka berdua.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media