Dapatkan Aiskrim Import Yang Lazat Di Fruit And Vegetable Station Kuching

6 Oct 2022 • 3:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada macam-macam jenis aiskrim menarik di sini.

Dapatkan Aiskrim Import Yang Lazat Di Fruit And Vegetable Station Kuching. Bagi yang gemar makanan manis, terutamanya aiskrim, kali ini kami ingin berkongsi sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis aiskrim import yang menarik buat anda.

Di import daripada Jepun, Korea Selatan dan juga Amerika Syarikat, aiskrim di sini semuanya premium dan enak-enak belaka!

image is not available
Dapatkan Aiskrim Import Yang Lazat Di Fruit And Vegetable Station Kuching. Kredit gambar: Fvs stall

image is not available
Kredit gambar: Fvs stall

image is not available
Kredit gambar: Fvs stall

Aiskrim Import menyelerakan yang anda perlu cuba

Memang rambang mata jika anda singgah di Fruit and Vegetable Station ini kerana semua aiskrim import yang ada di sini nampak menyelerakan.

Antara aiskrim berjaya menarik perhatian dan istimewa yang anda perlu cuba adalah aiskrim Godiva, Smarties, Hershey’s, Daim, pelbagai jenis Magnum, Milka, Toblerone, aneka jenis aiskrim daripada Jepun yang comel-comel dan banyak lagi.

image is not available
Kredit gambar: Fvsfruity

image is not available
Kredit gambar: Fvsfruity

Banyak barangan import menarik yang lain untuk anda

Selain daripada aiskrim import, ada banyak lagi buah-buahan dan makanan import menarik yang anda boleh dapatkan di sini.

Terletak di Jalan Song berhampiran dengan Upwell Supermarket, anda perlu singgah di sini segera untuk mendapatkan aiskrim lazat anda!

Lagi tempat menarik buat anda di sini: