Dapatkan barang asas murah di Kemensah, Kapar 9 pagi esok

14 Sep 2022 • 3:27 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 14 SEPT: Sembilan lagi lokasi dipilih untuk meneruskan penganjuran program jualan murah barangan asas oleh Kerajaan Negeri mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Kali ini, lokasi Jelajah Ehsan Rakyat meliputi tapak pukal padi parit di Sabak, Puteri Central Park Bandar Tasik Puteri, Bandar Rinching Seksyen 1-2 dan Kampung Kemensah Hulu Kelang.

Jualan turut diadakan di Flat Merpati B Pandan Indah, kawasan parkir (Jalan Bukit Badak, Sekolah Menengah Kebangsaan Subang) dan Surau Bilal Ibnu Rabah Persiaran Hamzah Alang.

Program juga dijadual berlangsung di Taman Cempakasari 2 Batu 4, Jalan Kapar dan Bandar Saujana Putra meliputi jualan enam barangan asas iaitu ayam, daging, ikan, telur, beras dan minyak masak.

Kerajaan Negeri memperuntuk RM10 juta untuk meneruskan program tersebut di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini.

Inisiatif kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor bagi membantu rakyat berdepan kenaikan harga barang memanfaatkan lebih 80,000 orang sejak diperkenal Disember tahun lalu.

image is not available