Dapatkan barangan asas murah di 10 cawangan Segi Fresh hujung minggu ini

2 May 2024 • 4:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

SHAH ALAM, 2 MEI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas pada harga murah menerusi Jualan Rahmah Madani di 10 cawangan Pasaraya Segi Fresh hujung minggu ini.

Program dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) melibatkan cawangan Segi Fresh Puchong Denai, Sungai Tua, Gombak, Bukit Sentosa dan Jeram pada Sabtu.

Manakala pada Ahad jualan sama turut diadakan di cawadangan egi Fresh Ampang, Kayu Ara, Bestari Jaya, Rantau Panjang dan Bandar Mahkota Banting.

“Segi Fresh ingin mengucapkan terima kasih kepada PKPS dan KPDN Selangor kerana membolehkan kami menawarkan harga istimewa kepada semua penduduk Selangor.

“Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berkualiti dengan harga istimewa yang kami tawarkan,” menurut pasar raya itu di Facebook.

image is not available image is not available

Pada Julai tahun lalu, PKPS menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri mulai 1 Ogos.

Selain bekerjasama dengan Segi Fresh, PKPS turut menganjurkan jualan murah di lokasi terpilih seluruh negeri hampir setiap hari dengan maklumat terkini boleh disemak di Facebook.

View Original Article