Dapatkan SIM Yes 5G Percuma & Nikmati Kemampuan 5G Di Sekitar Kwai Chai Hong

TechnologyDigital
3 Feb 2023 • 12:05 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tidak dinafikan, teknologi 5G mampu membawa perubahan kepada masyarakat dengan gaya hidup lebih pintar. Jika sebelum ini YES mempromosikan rangkaian berkenaan secara menyeluruh dengan membuka kedai mercu pertama di Bukit Bintang. Terbaharu, mereka dilihat menyediakan beberapa kioks dengan kemampuan 5G di sekitar Kwai Chai Hong, Kuala Lumpur pula.

image is not available

Bermula hari ini hingga 12 Februari 2023, orang ramai dijemput untuk melawati setiap sudut jalan kecil ini bagi merasai sendiri pengalaman menggunakan rangkain 5G dengan masa tindak balas yang pantas. Terdapat tiga kioks dengan penghala YES 5G Wireless Fibre Wi-Fi yang disediakan, di samping pengunjung turut sama boleh mendapatkan pek SIM Yes 5G yang diberikan secara percuma.

image is not available

Di samping itu, para pengunjung juga boleh menikmati hiasan bertemakan “Poetic Spring Garden” yang menarik. Di mana, sebaik melangkah masuk ke pintu gerbang pengunjung akan dapat melihat sekuntum bunga yang besar. Kemudiannya turut diserikan lagi pelbagai hiasan lain termasuklah rama-rama dan lampu neon.