Dapatkan vakum Roborock dengan diskaun sehingga 70% sempena jualan 4.4 Shopee

3 Apr 2023 • 7:28 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Nak vakum berkuasa tinggi tapi dengan harga mampu milik? Roborock sediakan jualan hebat pada 4 April ini di Shopee dengan diskaun sehingga 70% untuk produknya. Ada juga penghantaran percuma disediakan!

Berikut merupakan harga vakum Roborock untuk tawaran ini:

  1. Roborock S8 Pro UltraRM10,399 RM5,399
  2. Roborock S8+ RM8,599 RM3,799
  3. Roborock S8 RM5,799 RM2,499
  4. Roborock Dyad ProRM6,999 RM2,199
  5. Roborock Q7 Max+ RM5,600 RM2,699
  6. Roborock Q7 MaxRM4,399 RM1,899
  7. Roborock S7 MaxV UltraRM11,398 RM4,699
  8. Roborock S7 MaxVRM6,799 RM2,499
  9. Roborock S7RM4,999 RM2,099
  10. Roborock S7+RM9,599 RM3,599
  11. Roborock DyadRM5,999 RM1,699
  12. Roborock Ultra DockRM4,999 RM2,099
  13. Roborock Onyx DockRM4,999 RM2,099
  14. Roborock S6 MaxVRM3,999 RM1,999

image is not available

Siri Roborock S8 merupakan model vakum Roborock yang paling terkini. Model ini didatangkan dengan kuasa sedutan sehingga 6,000Pa. Ada juga mop tersedia dengan sistem Mopping VibraRise 2.0, ia boleh bergetar sehingga 3,000 kali seminit untuk hilangkan kotoran. Perkara menarik bagi salah satu model siri ini iaitu Roborock S8 Pro Ultra ialah, ia boleh cuci dan keringkan kain mop vakumnya sendiri secara automatik.

image is not available

Selain itu, model Roborock Dyad dan Dyad Pro juga adalah antara vakum berkuasa tinggi yang tersedia. Vakum tanpa wayar ini dilengkapi dengan kuasa sedutan sehingga 17,000Pa. Anda boleh gunakannya serentak untuk vakum dan mop. Ia ada keupayaan membersihkan dan mengeringkan penggeleknya secara automatik bagi menghalang bau dan pembentukan bakteria.

Sekiranya ada vakum pilihan anda dalam senarai, pastikan anda tidak terlepas jualan Roborock 4.4 Shopee yang akan bermula pada jam 12 pagi di kedai rasmi Roborock di Shopee.