Dapur Memasak Di Kedai Steamboat Meletup, Tujuh Beranak Melecur Bahagian Muka Dan Tangan

20 Mar 2024 • 12:00 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
melecur

Di TikTok, seorang wanita menuntut keadilan buat keluarganya yang cedera selepas dapur gas di kedai steamboat dan grill meletup ketika sedang menjamu selera.

Wanita tersebut menceritakan secara terperinci tragedi yang berlaku pada 9 Mac lalu sehingga mereka sekeluarga perlu menyambut Ramadan di hospital.

Sebagai seorang pelanggan, dia meluahkan rasa kecewa mendakwa pemilik kedai tidak bertanggungjawab.

image is not available

image is not available

image is not available

Kecederaan yang berlaku menyebabkan mereka mendapat surat rujukan untuk berjumpa dengan pakar pembedahan plastik.

image is not available

image is not available

image is not available

Dakwa wanita ini lagi, pemilik kedai berjanji untuk menghubungi mereka sekeluarga selepas kejadian tetapi janji tinggal janji.

image is not available

image is not available

image is not available

Wanita ini memohon kedai supaya bertanggungjawab dengan kejadian kerana mereka dilihat masih mempromosikan bisnes seperti biasa.

Terbaru, pemilik tampil memberi respon memaklumkan pihaknya telah menziarah mangsa pada 11 Mac dan 14 Mac.

Pihaknya juga telah membuat satu laporan polis dan pasukan bomba telah hadir ke kedai untuk melakukan siasatan.

image is not available

Buat masa ini, mereka berharap mangsa pulih seperti sedia kala supaya kes dapat diselesaikan dengan sewajarnya.

Kredit: TikTok @fatynanana | Instagram Noor Ayob

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.