“Darah Ganjil” Dihantar Ke Kuala Lumpur

LocalHealth & Fitness
14 May 2025 • 10:30 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Darah Ganjil” Dihantar Ke Kuala Lumpur

Sebagai penderma darah, anda pasti sudah tahu bahawa setiap titisan darah yang anda dermakan mampu menyelamatkan nyawa.

Namun, pernahkah anda membayangkan bagaimana rasanya berada di tempat penerima?

Bagi mereka yang menerima darah, anda bukan sekadar penderma. Anda adalah cahaya harapan ketika mereka mungkin merasa berdepan detik genting dalam hidup.

Umum diketahui, kita semua biasa mendengar tentang kumpulan darah seperti A, B, AB atau O.

Tetapi, tahukah anda wujud satu kumpulan darah yang sangat jarang ditemui, dikenali sebagai “Rh17”?

Baru-baru ini, Bank Darah Hospital Umum Sarawak berkongsi sebuah kisah yang cukup mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian tersebut, mereka memaklumkan bahawa darah jenis Rh17 telah dihantar dari Sarawak ke Kuala Lumpur.

Tujuannya adalah untuk menyelamatkan nyawa seorang wanita yang sedang mengalami kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).

https://www.facebook.com/BloodBankHUS/posts/pfbid0W4nNnRnDiY5z3LyqrFMV1yiKHzmkahygE6SaKqK6DKoyxR38wRHRZraSmxQLc9nVl?rdid=52YRdjNauskfcexE#

Apa itu darah ganjil “Rh17”?

Kumpulan darah Rh17 merupakan antara jenis darah yang amat sukar ditemui di Malaysia.

Namun, sebahagian kecil etnik Bidayuh di Sarawak dikenal pasti memiliki jenis darah ini, kongsi Bank Darah Hospital Umum Sarawak.

Difahamkan, individu yang memiliki kumpulan darah ganjil seperti *Rh17* hanya boleh menerima darah daripada penderma yang mempunyai kumpulan darah yang sama.

Sekiranya pesakit menerima darah daripada kumpulan lain, risiko reaksi darah akut yang boleh mengancam nyawa akan berlaku.

Jelas Bank Darah Hospital Umum Sarawak, darah seperti “Rh17” diklasifikasikan sebagai darah ganjil atau “rare blood”.

Ia merupakan kumpulan darah penuh yang tidak mengandungi antigen dan antibodi tertentu, yang menjadikannya sangat unik dan berbeza.

Kebanyakan darah ganjil ini juga termasuk dalam kategori darah negatif (-), tidak seperti darah biasa yang lazimnya bersifat positif (+).

Sumber: Bank Darah Hospital Umum Sarawak (1) (2)