MR D.I.Y. dan MR TOY hari ini mengumumkan kerjasama istimewa dengan Monsta Studio sempena pelancaran Papazola The Movie, dengan memperkenalkan rangkaian barangan eksklusif serta pengalaman interaktif yang menyeronokkan buat para peminat di seluruh Malaysia.
Ditawarkan secara eksklusif di kedai terpilih MR D.I.Y. dan MR TOY di seluruh negara, koleksi edisi terhad Papazola The Movie merangkumi 14 barangan yang direka khas, termasuk botol air, bekas makanan, rantai kunci, alat tulis, kostum Papazola, tuala berhud, beg galas, selimut dan patung mainan. Dengan harga bermula serendah RM5.90, koleksi ini menawarkan pilihan yang menyeronokkan dan mampu milik untuk para peminat dari semua peringkat usia untuk membawa pulang watak kegemaran mereka.

Seiring dengan kerjasama ini, para pengunjung boleh menikmati pengalaman khas bertemakan Papazola di acara Monsta Fiesta yang bakal berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Maskot kesayangan MR D.I.Y., PANDAi, akan membuat penampilan istimewa dari 18 hingga 20 Disember, antara 4.00 petang hingga 5.30 petang. Para pengunjung berpeluang menikmati permainan interaktif seperti Batu–Gunting–Kertas, Freeze Game serta kuiz bersama PANDAi untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.
Para peminat juga berpeluang untuk bertemu secara langsung dengan maskot Papazola dan PANDAi di cawangan MR TOY terpilih pada tarikh berikut:
- 27 Disember 2025 – MR TOY Melawati Mall
- 28 Disember 2025 – MR TOY IOI City Mall
- 10 Januari 2026 – MR TOY AEON Shah Alam
- 11 Januari 2026 – MR TOY MyTOWN
Selain itu, satu acara eksklusif akan diadakan di MR D.I.Y. Plus Mid Valley Megamall dari 3 hingga 4 Januari 2026, menampilkan aktiviti menarik seperti Galaxy Card Tournament dan pertandingan mewarna, serta penampilan maskot.
Jangan lepaskan peluang untuk bertemu Papazola dan PANDAi serta mendapatkan koleksi eksklusif bertemakan filem ini yang ditawarkan untuk tempoh terhad sahaja.
Maklumat lanjut mengenai kempen, barangan dan lokasi penyertaan boleh didapati di:



