Dari Asia ke Seluruh Dunia: Coda Memperluas Perdagangan Global Bersama Forter

TechnologyBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 12:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dari Asia ke Seluruh Dunia: Coda Memperluas Perdagangan Global Bersama Forter
Image from: Dari Asia ke Seluruh Dunia: Coda Memperluas Perdagangan Global Bersama Forter

Perkongsian yang diperluas itu memperkukuh perlindungan Coda daripada penipuan ketika syarikat berkembang merentas pasaran dan kaedah pembayaran baharu.

SINGAPURA, 15 September 2026 /PRNewswire/ — Coda, peneraju global dalam pengewangan dan pengedaran kandungan digital, memperluas kerjasamanya dengan Forter, Platform Cerapan Kepercayaan untuk masa depan perdagangan, ke pasaran baharu. Pengembangan ini menyusuli kejayaan awal Coda dengan pengoptimuman 3D Secure (3DS) Forter, yang menghasilkan peningkatan hasil sebanyak 20% dalam tempoh 18 bulan di pasaran utama seperti A.S., sekali gus memulihkan hasil yang sebaliknya mungkin hilang akibat geseran semasa proses pembayaran.

Ketika kecerdasan buatan, kaedah pembayaran baharu dan transaksi rentas sempadan membentuk semula perdagangan digital, kepercayaan semakin menjadi infrastruktur penting bagi pertumbuhan antarabangsa. Coda menggunakan penyelesaian Fraud Management dan Payment Optimization Forter, yang dikuasakan oleh rangkaian perdagangan terkemuka serta keupayaan pemautan identiti yang dipatenkan, untuk mengenal pasti pelanggan yang boleh dipercayai, memaksimumkan kadar pengesahan, mengurangkan kos pembayaran dan menghapuskan geseran dalam setiap interaksi pembayaran. Dengan berkongsi isyarat identiti dan risiko yang diperkaya secara langsung dengan bank dan rangkaian kad, menggunakan pengesahan 3DS dipacu AI hanya apabila dan di tempat ia dapat meningkatkan hasil, serta menghalakan setiap transaksi kepada pemproses yang paling sesuai dalam masa nyata, Forter memberikan ketepatan yang diperlukan oleh peniaga untuk meluluskan lebih ramai pelanggan sebenar sambil menyediakan pengalaman pembayaran yang lancar kepada pelanggan yang dipercayai setiap kali.

Permainan dalam talian, aplikasi dan kandungan digital mempunyai cabaran penipuan dan penyalahgunaan yang tersendiri. Produk seperti mata wang dalam permainan, baucar dan kandungan digital boleh dihantar, dipindahkan atau dijual semula hampir serta-merta. Ramai pengguna juga membuat pembelian sebagai tetamu, sekali gus memberikan lebih sedikit isyarat identiti tradisional dan menyukarkan pembezaan antara pelanggan yang sah dengan pelaku penipuan. Cerapan kepercayaan Forter, yang dibangunkan berasaskan rangkaian identiti perdagangan terbesar dan mengenali lebih 95% pembeli dalam talian, membolehkan syarikat beralih daripada kawalan berasaskan peraturan yang terlalu umum dan boleh mewujudkan geseran tidak perlu, kepada keputusan berasaskan identiti yang lebih tepat.

"Forter memberikan lebih ketenangan fikiran kepada pasukan kami. Keupayaannya untuk mengesan corak penipuan yang canggih dan membuat keputusan yang boleh dipercayai pada skala besar memberikan pasukan kami keyakinan dan kapasiti untuk terus mendahului ancaman yang semakin berkembang serta memberi tumpuan kepada risiko pada peringkat rangkaian yang lebih luas," kata Jonathan Acher, Pengurus Produk Utama, Fraud di Coda.

"Asia telah menjadi salah satu pusat paling dinamik di dunia bagi inovasi perdagangan digital. Apabila syarikat yang diasaskan di rantau ini berkembang ke peringkat global, kejayaan bergantung pada keupayaan mereka membina kepercayaan dalam setiap interaksi pelanggan, pasaran dan kaedah pembayaran," kata Akash Ranka, Naib Presiden Komersial di Forter.

"Coda beroperasi dalam salah satu segmen yang paling sukar dilindungi — transaksi barangan digital bervolum tinggi dan bernilai kecil, apabila geseran menjejaskan penukaran tetapi penipuan menghakis margin. Forter membantu membezakan kedua-duanya dalam masa nyata, supaya pemain sebenar boleh terus bermain dan bertransaksi manakala pelaku berniat jahat disekat."

Pembuatan keputusan prapengautorisasian berasaskan identiti Forter memberikan Coda kawalan yang lebih besar terhadap cara setiap transaksi diuruskan, membolehkan syarikat membentuk perjalanan pelanggan yang lebih baik dan menguntungkan dengan yakin.

Maklumat tentang Coda

Coda ialah peneraju global dalam pengewangan dan pengedaran kandungan digital. Lebih 300 penerbit — termasuk Activision, Electronic Arts dan Riot Games — mempercayai kami untuk mengembangkan khalayak dan hasil mereka di seluruh dunia. Penyelesaian luar aplikasi kami termasuk Custom Commerce, kedai web yang boleh disesuaikan sepenuhnya; Codapay, yang membolehkan pembayaran langsung yang lancar menerusi satu penyepaduan API di laman web penerbit; Codashop, pasaran pilihan berjuta-juta pemain untuk membeli kandungan dalam permainan; serta Distribution, yang memperluas jangkauan kandungan menerusi rangkaian rakan kongsi perdagangan yang dipercayai. Ditubuhkan pada tahun 2011, Coda beribu pejabat di Singapura dengan pasukan yang terdiri daripada lebih 550 Codans di seluruh dunia. Coda baru-baru ini memperoleh Recharge, platform pembayaran prabayar terkemuka Eropah. Coda disokong oleh Apis Partners, Insight Partners dan Smash Capital, serta telah dinamakan sebagai Syarikat Pertumbuhan Tinggi APAC (2023) oleh Financial Times, salah satu daripada Granite Asia’s NextGenTech 30 (2024), peneraju pembayaran dalam senarai Inovasi Fintech Asia Fortune (2024), dan disenaraikan dalam The Straits Times sebagai Fintech dengan Pertumbuhan Terpantas (2024). Untuk maklumat lanjut tentang Coda, sila layari coda.co.

Maklumat tentang Forter

Forter menyediakan keputusan AI yang dibangunkan untuk detik-detik penting dalam perdagangan. Dikuasakan oleh rangkaian 2 bilion pembeli, AI kami membuat keputusan kepercayaan serta-merta daripada pendaftaran hingga pembayaran dan pemulangan — supaya setiap pelanggan yang baik sentiasa menerima pengalaman yang sewajarnya. Nordstrom, Instacart, Priceline dan hampir 1 juta perniagaan mempercayai Forter untuk memastikan pelanggan yang tepat terus kembali. Tiada geseran untuk pelanggan yang penting. Tiada hasil yang terlepas. Ketahui lebih lanjut di Forter.com.

Sumber artikel: http://www.prnasia.com/asia-story/archive/5045487_MS45487_6

The post Dari Asia ke Seluruh Dunia: Coda Memperluas Perdagangan Global Bersama Forter appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved