Dari Ayam Ke Bawang, Ini Antara Harga Barang Runcit Termurah Sebagai Persiapan Raya Haji

26 Jun 2023 • 8:21 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Pejam celik sudah beberapa bulan Syawal meninggalkan kita dan kini pasti ramai yang sedang membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Kami pasti antara persiapan yang perlu dilakukan sudah tentunya membeli barangan dapur, yelah ramai yang akan pulang ke kampung jadi antara aktiviti menjelang raya tentunya memasak!

Namun usah bimbang khususnya kepada suri rumah sekalian, hari ini kami akan berkongsikan harga termurah beberapa barangan penting untuk menyediakan masakan tradisi anda yang terdiri daripada pasar raya.

Dalam sibuk membeli, kita juga perlu menjadi pengguna yang bijak dalam membuat pilihan. Oleh itu, tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda harga termurah mengikut barangan.

Bawang Merah Besar

image is not available

Selain di Lotus’s bawang besar merah dengan harga termurah (RM1.29) juga boleh didapati di Giant, Kuantan.

Bawang merah (Red Onion)

image is not available

Bagi bawang merah besar jenis Red Onion adalah boleh membuat pembelian di Econsave secara atas talian yang menawarkan RM1.59 untuk satu kilogram.

Bawang Putih

Bawang putih yang paling murah adalah di Segifresh Salak Tinggi, Selangor yang menawarkan RM4.90 bagi harga ahli.

Walau bagaimanapun, tiada harga seragam bagi bawang putih mengikut jenis pasar raya.

image is not available

Saji Santan Kelapa 200ml

image is not available
Foto: Pexels

Harga yang paling murah untuk santan jenama Saji adalah di Lotus’s sejumlah RM2.59 seunit bagi isipadu 200ml.

image is not available

Harmuni Santan Kelapa 200ml

Dapatkan santan kelapa jenis Harmuni 200ml di Potboy secara atas talian yang menawarkan RM3.00 bagi harga seunit.

image is not available

Santan Kelapa Kara 200ml

Selain Saji dan Harmuni, Kara juga sering menjadi pilihan ramai. Oleh itu anda boleh membuat pembelian secara online di OS Grocer dan Potboy yang memberikan tawaran sebanyak RM2.80 seunit.

image is not available

Beras Jati Siam Super Istimewa (5kg)

image is not available
Foto: Pexels

Potboy merupakan kedai serbaneka yang menawarkan harga paling murah untuk beras Jati Siam Super Istimewa dengan harga RM15.50 bagi berat 5kg.

image is not available

Jati Super Special Istimewa (10 kg)

Dapatkan beras Jati Super Special Istimewa seberat 10 kg dengan harga RM25.01 hanya di Mydin.

Pembelian adalah secara atas talian.

image is not available

Seekor ayam mentah serta kepala dan kaki

Mungkin ada di antara anda yang merancang untuk membuat rendang ayam atau masakan berasaskan haiwan ternakan ini. Oleh itu harga termurah boleh didapati di Giant iaitu RM8.89 untuk satu kg.

image is not available

Nona Ketupat Mini 8x25g

Pembelian secara terus di atas talian menerusi kedai Nona di Lazada dan Shopee adalah lebih murah iaitu RM2.40.

image is not available

Adabi Ketupat Nasi Mini 30x20g

Dapatkan ketupat mini jenama Adabi di KK Mart dengan tawaran harga RM5.99 sahaja untuk seunit.

image is not available

Cili kering 1kg

Cili kering berharga RM21.99 boleh didapatkan di Giant seluruh negara.

image is not available

F&N Cordial Rose (Sirap) 2L

image is not available
Foto: Sekadar Hiasan (Pexels)

Berdasarkan carian kami, semua kordial bagi jenis ini dijual pada harga yang sama.

image is not available

Nutrifres Juice Concentrated Lychee 1L

NSK menawarkan harga jauh lebih murah di mana anda boleh jimat sehingga 66 sen ke RM2.61 pada harga RM8.99.

image is not available


Walau bagaimanapun semua harga yang dipaparkan di atas adalah berdasarkan lokasi, tarikh promosi dan ia mungkin berubah mengikut kawasan anda. Kesemua harga yang dipaparkan ini menerusi rujukan di aplikasi hargapedia.

Kami harap ia sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam setiap pembelian. Bandingkan harga demi penjimatan yang berganda-ganda.