Dari fizikal ke digital, KPN rancang wujudkan Pangkalan Data Nasional Koleksi Artifak Malaysia

LocalTechnology
29 Jul 2025 • 10:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) mencadangkan penubuhan Pangkalan Data Nasional Koleksi Artifak Malaysia bagi menyelaraskan maklumat artifak dari semua muzium di seluruh negara dalam satu sistem digital terpusat.

Pangkalan data sangat perlu untuk pemeliharaan warisan

Cadangan ini diumumkan oleh Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang apabila menyatakan bahawa pengkalan data sangat perlu bagi memastikan pemeliharaan warisan negara lebih tersusun serta membolehkan inventori koleksi diselaras.

“Rekod koleksi artifak kini diurus dan disimpan secara berasingan menyebabkan Kerajaan tiada gambaran menyeluruh tentang jumlah sebenar artifak dan khazanah warisan negara yang berada dalam simpanan muzium-muzium di Malaysia.

“Maka, pangkalan data ini diperlukan bagi memastikan pemeliharaan warisan negara lebih tersusun serta membolehkan inventori koleksi diselaraskan dan dikemaskini secara berkala di samping menyokong usaha pendigitalan warisan,” katanya.

image is not available

Pangkalan data untuk artifak di semua muzium di Malaysia

Sebagai makluman, Malaysia kini memiliki lebih 232 buah muzium, termasuk muzium persekutuan, negeri, institusi dan swasta.

Semua ini bakal dihubungkan menerusi pangkalan data yang dicadangkan nanti.

image is not available

Cadangan tersebut diutarakan Aaron sewaktu merasmikan Majlis Penutup Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2025.

Difahamkan, pelbagai aktiviti dianjurkan sepanjang festival itu antaranya tayangan montaj, persembahan khas, pertandingan, serta penyampaian Anugerah Khas Permuziuman kepada individu dan institusi yang menunjukkan kecemerlangan dalam bidang tersebut.

image is not available

Majlis penutup turut menyaksikan penyerahan rasmi bendera Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan kepada Yayasan Warisan Johor, selaku tuan rumah bagi edisi 2026.