Dari Hotpot Ke Pusat Data, Pengendali Rangkaian Restoran Ayam Claypot Dapat Kontrak Teknologi RM204 Juta

LocalBusiness & Finance
10 Jul 2026 • 7:06 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Dari Hotpot Ke Pusat Data, Pengendali Rangkaian Restoran Ayam Claypot Dapat Kontrak Teknologi RM204 Juta

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang data centre, ramai yang menyangka bidang ini akan diceburi oleh mereka yang datang dari latar belakang teknologi atau statistik.

Namun siapa sangka, pengendali rangkaian restoran Chicken Claypot House di Pulau Pinang, CCH Holdings LTD berjaya meraih kontrak perkhidmatan menyelenggara dan sokongan bagi pusat data di Malaysia bernilai US$50 juta (anggaran RM204 juta).

CCH Holdings LTD Tandatangan Kontrak Selama 3 Tahun, Sedia Perkhidmatan Selenggara & Sokongan Kepada Klien

Memetik The Edge, CCH Holdings Ltd (CCHH) yang juga tersenarai di bursa saham Nasdaq di Amerika Syarikat dikatakan telah menandatangani perjanjian jualan dan perkhidmatan selama tiga tahun.

Walau bagaimanapun, identiti klien penyelenggaraan terbabit tidak didedahkan memandangkan ia merupakan perjanjian kerahsiaan atau dikenali sebagai NDA (non-disclosure agreement).

Difahamkan, CCHH juga akan menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal dan operasi seperti:

  • Peruntukan kapasiti pengkomputeran
  • Konsultansi teknikal
  • Penyelarasan pelaksanaan
  • Perkhidmatan nasihat operasi fasiliti pusat data

Malah, skop perkhidmatan ini juga dijangka akan diperluas di pasaran lain selaras dengan rancangan pelanggan untuk mengembangkan kapasiti mereka di peringkat antarabangsa.

Perjanjian Kukuh Kedudukan Syarikat Dalam Sektor Teknologi, Perniagaan Claypot Tetap Dikekalkan

Jelas CCHH lagi, perjanjian itu sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan syarikat untuk mencari peluang dalam sektor teknologi infrastruktur di Malaysia dan pasaran antarabangsa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CCHH, Goh Kok E, mereka berbesar hati dengan perjanjian strategik selama tiga tahun itu dan menyifatkannya sebagai langkah penting evolusi CCHH sebagai syarikat yang tersenarai di Nasdaq.

“Nilai kontrak US$50 juta menjadi platform kepada perkembangan dalam perkhidmatan infrastruktur teknologi,” katanya.

Pun begitu jelas Goh, langkah ini tidak sekalipun memberi kesan kepada perniagaan Chicken Claypot serta rangkaian restoran lain.

“Sebaliknya, ia membuka satu lagi laluan untuk pertumbuhan. Kami berniat untuk terus mengukuhkan operasi restoran dan memanfaatkan kerjasama ini dengan memperkembang perkhidmatan sokongan pusat data serta meneroka peluang lebih luas dalam infrastruktur kecerdasan buatan (AI).

“Kami percaya, strategi pertumbuhan dua sektor ini akan mempelbagaikan aliran pendapatan, mempertingkatkan prospek pertumbuhan jangka panjang serta mencipta nilai mampan kepada pemegang saham.

Lapor The Edge yang memetik Bloomberg, abang kepada Kok E yang dikenali sebagai Goh Kook Fong memiliki 44.28% pegangan saham CCHH.

Kook Fong juga merupakan bekas pengerusi, pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan tersebut.

Manakala, 25.42% pegangan saham terbabit dimiliki Datuk Lim Soon Huat yang juga merupakan pengerusi eksekutif dan pemegang saham utama Asia File Corp Bhd.

Pada penghujung tahun 2025, CCHH mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM2.68 juta berbanding keuntungan bersih RM913,400 pada tahun sebelumnya.

Pun begitu, hasil syarikat meningkat sebanyak 7.5% iaitu RM9.59 juta berbanding RM8.92 juta.

Baca Artikel Berkaitan: LaLaport BBCC Jadi Hub Pengangkutan Setempat, Akses ‘Public Transport’ Kini Jadi Lebih Mudah!

Baca Artikel Berkaitan: Content Forum Seru Industri Permainan Digital Tingkatkan Keselamatan Kanak-Kanak

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved