Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

LocalCars
25 Jun 2026 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

IMAGE-1-(10).JPG

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

Model miniatur koleksi ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Cerita Malaysia Kita, yang diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 bagi meraikan kisah, jenama dan pengalaman harian rakyat Malaysia menerusi koleksi bercirikan tempatan.

image.pngimage.png

Menerusi kerjasama ini, kisah-kisah tersebut kini dihidupkan semula dalam bentuk miniatur untuk pengumpul, peminat automotif, kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang menghargai perjalanan industri automotif negara.

Model skala Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 akan mula ditawarkan kepada orang ramai di outlet Sunway Tiny Toys di Sunway Lagoon serta melalui penjual semula rasmi terpilih.

IMAGE-4-(5).jpgIMAGE-3-(3).jpg

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dato’ Ir. Abdul Rashid Musa “Proton Saga sudah sekian lama mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia, manakala Proton e.MAS 5 pula melambangkan hala tuju baharu yang cukup mengujakan buat Protoni serta landskap mobiliti negara,” kata Timbalan

“Dengan menjadikan kedua-dua kenderaan ini sebagai model skala untuk koleksi, kami berharap dapat membuka satu lagi ruang untuk rakyat Malaysia mendekati Proton. Ia bukan sekadar kereta miniatur, sebaliknya mewakili kenangan, aspirasi dan kemajuan yang membentuk perjalanan kami sebagai jenama automotif nasional," katanya.

image.png

Pemilihan kedua-dua model ini mencerminkan keluasan penawaran produk semasa PROTON. Proton Saga baharu meneruskan legasi model paling dikenali di Malaysia, selain mencatatkan rekod jualan baharu bagi model enjin pembakaran dalaman PROTON.

Popularitinya yang berterusan membuktikan Saga kekal relevan untuk generasi baharupembeli kereta Malaysia, dengan gabungan nilai yang diyakini, reka bentuk moden, teknologi terkini dan kepraktisan untuk kegunaan harian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved