Dari Jo Yeojeong Ke Dex, Drama Misteri ‘Tarot’ Bakal Diterajui Oleh Pelakon Berlainan Setiap Episod

Entertainment
17 Jan 2024 • 11:45 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Dengar khabar plot cerita ni sangat menarik.

“Tarot” ialah satu siri seram tujuh episod yang menyelidiki peristiwa misteri dalam kehidupan seharian seseorang dan semuanya bergantung pada kad tarot. Plot bermula apabila watak utama menerima kad tarot yang berbeza dan pada masa itu, mereka sedar yang ‘sial’ sedang menanti.

Sudah disahkan bahawa Jo Yeo-jeong, Park Ha-sun, Dex, Go Kyu-pil, Seo Ji-hoon, Lee Joo-bin, Kim Sung-tae, Eun-jung T-ARA dan Oh Yu-jin bakal menjadi pelakon utama pada setiap episod. Menurut pengarah, “Tarot” mempunyai 7 episod iaitu, “Santa’s Visit,” “Single Locker,” “Phishing,” “Please Throw It Away,” “Late-Night Taxi,” “Rent Mom,” dan “Couple Manager”.

image is not available

Jo Yeo-jeong akan membuat penampilan istimewa sebagai watak utama, dalam episod “Santa’s Visit”, manakala Park Ha-sun akan memegang watak utama dalam episod “Rent Mom”. Selain itu, Dex akan membintangi episod “Please Throw It Away”.

Lain, Go Kyu-pil pula akan muncul dalam episod “Late Night Taxi”, Seo Ji-hoon dan Lee Joo-bin akan mengetuai episod “Single Locker”. Kim Sung-tae dan Eun-jung T-ara akan dipaparkan dalam episod “Couple Manager”, dan akhirnya, Oh Yu Jin akan membintangi episod “Phishing”.

Dah lama kan tak tengok cerita seram Korea.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

View Original Article