Dari Kuala Lumpur Dan Dibesarkan Di Kuching, Jojo Jawab Persoalan Netizen Menerusi Live Tiktok

4 Jun 2023 • 9:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ini jawapan dari Johan Ghazali

Dari Kuala Lumpur Dan Dibesarkan Di Kuching, Jojo Jawab Persoalan Netizen Menerusi Live Tiktok. Warga Sarawak pasti cukup mengenali sosok remaja berbadan tegap dan sasa, Johan Ghazali seorang atlet Sarawak dalam sukan Muay Thai.

Johan Ghazali ataupun mesra disapa sebagai Jojo mula menarik perhatian ramai apabila beliau berjaya menumpaskan pihak lawan dengan tumbukan ‘knockout’ dalam acara Muay Thai hanya dengan 16 saat baru-baru ini.

image is not available
Dari Kuala Lumpur Dan Dibesarkan Di Kuching, Jojo Jawab Persoalan Netizen Menerusi Live Tiktok. Kredit: Tiktok

Atas kejayaan itu, beliau berjaya merangkul gelaran atlet remaja Muay Thai nombor 1 di dunia.

Dalam pada masa yang sama, ramai pihak mula tertanya-tanya mengenai latar belakang remaja gagah ini sehingga mampu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Ramai juga yang mula ‘claim’ negeri kelahiran beliau.

image is not available

Oleh itu, Jojo menerusi satu live di Tiktok telah pun berkongsi jawapan itu kepada pengikutnya.

Menerusi video tersebut, beliau memaklumkan ayahnya berasal dari negeri Perak dan Jojo pula dilahirkan di Kuala Lumpur.

image is not available

Selepas itu, mereka berpindah ke Kuching, Sarawak dan menetap di sini sehingga sekarang.

Sejak kecil beliau telah pun terlibat dengan sukan Muay Thai di bawah naungan Rentap Muay Thai Gym yang bertapak di Kuching, Sarawak.

Maka, tidak hairanlah beliau mewakili Sarawak untuk sukan ini.

Dalam video tersebut juga beliau dilihat tidak kekok untuk berbicara dalam dialek Semenanjung dan dialek Sarawak.

Baca lagi artikel menarik: