Dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, MYAirline Lancar Penerbangan Sulung Ke Sabah

2 Dec 2022 • 3:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Penerbangan sulung MYAirline ke Sabah.

Dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, MYAirline Lancar Penerbangan Sulung Ke Sabah. Dilaporkan, syarikat penerbangan tambang rendah kedua di Malaysia, MYAirline telah membuat penerbangan sulungnya dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu semalam.

Menurut pengarah MYAirline, Dato Abdul Hamid Ali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) semalam, baru sahaja membuka jualan bermula 26 November lalu, MYAirline telah mendapat sambutan yang baik. Semua penerbangan sudah licin ditempah daripada Langkawi, Kuching dan KK.

image is not available
Dari Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, MYAirline Lancar Penerbangan Sulung Ke Sabah

Penumpang kini mempunyai lebih banyak pilihan

Dalam masa yang sama, beliau juga menambah bahawa dengan ada MYAirline ini, penumpang kini mempunyai lebih banyak lagi pilihan penerbangan tambang murah.

MYAirline juga turut mendedahkan rancangan untuk melancarkan penerbangan ke New Zealand pada suku pertama tahun hadapan.

Dengan menawarkan dua penerbangan setiap hari dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, MYAirline berharap agar lebih banyak pelancong memilih Sabah sebagai destinasi pelancongan mereka.