Dari Kumpulan Wanita Popular, Peminat Jumpa Identiti ‘Adik’ V BTS?

5 Jan 2024 • 11:16 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Betul lah orang kata, dalam dunia ni ada 7 orang yang wajahnya sama dengan kita.

Baru-baru ini, seorang peminat telah berkongsi satu hantaran di laman X (Twitter) dengan menyatakan betapa miripnya wajah V BTS dan Min-ji NewJeans.

Bukan itu sahaja, kedua-dua V dan Min-ji juga pernah berkongsi bahawa mereka mempunyai 3 adik-beradik dan tidak pernah mendedahkan wajah mereka. Ia nampaknya semakin menguatkan lagi dakwaan bahawa memang benar mereka berdua bersaudara.

Antara komen peminat,

Memang saya percaya je kalau orang cakap mereka adik-beradik.

 

Mereka sama-sama dari keluarga ‘Kim’ kan? Makin tambah curiga..

 

Mungkin mereka rahsiakan sebab kalau ingin berada di bawah agensi yang sama, tak boleh bersaudara.

 

Kita pura-pura terkejut je la nanti kalau memang betul mereka abang adik.

Haa apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.