Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]

LocalHome & Living
29 Apr 2026 • 10:41 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kata orang ‘rumahku syurgaku.’ Perumpamaan ini secara tidak langsung menunjukkan mereka yang berada dalam sesebuah rumah tersebut pastinya berasa selamat dan selesa dengan keadaan di dalamnya.

Namun apabila menghuni di rumah yang disediakan untuk kemudahan pekerja pastinya ia tidak seindah seperti kediaman yang dibeli mahupun disewa sendiri.

Semuanya terpulang kepada si penghuni, jika ia dijaga dan dihias dengan baik maka rumah tersebut akan sentiasa kelihatan tersergam indah meskipun usianya sudah tua.

Lelaki kongsi transformasi rumah lusuh jadi cantik

Baru-baru ini, seorang lelaki turut berkongsi transformasi dilakukan di sebuah rumah kuarters polis yang dipercayai dihuninya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Nasrul Aziz, awalnya kelihatan keadaan unit rumah itu begitu lusuh dan kusam.

Wallpaper terkoyak dan bersepah dengan barangan

Perkara itu mungkin berlaku kerana ia sudah lama tidak berpenghuni, bahkan kertas hias (wallpaper) pada dinding juga dilihat sudah terkoyak.

Manakala bahagian balkoni pula bersepah dengan sampah sarap serta barangan dipercayai tikar getah.

Meskipun rumah tersebut ‘uzur’ namun ia tidak mematahkan semangat Nasrul untuk menghiaskannya dengan cantik.

Image from: Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]

Pilih cat warna natural dan hiasan perabot kayu

Kelihatan dia telah mengecat semula bahagian pintu serta dinding dalam rumah berkenaan.

Rumah tersebut juga telah diisi dengan pelbagai perabot yang cantik seperti meja makan, kerusi, cermin, lampu, hiasan pokok tiruan dan banyak lagi.

Kelihatan Nasrul memilih konsep perabotnya daripada kayu-kayu serta hijauan daripada pokok.

Selain itu, Nasrul juga memilih warna dinding yang natural seperti coklat yang secara tidak langsung memberikan mood tenang dalam rumah.

Letak pokok-pokok pada balkoni buat port lepak santai dalam rumah

Di kawasan balkoni pula, Nasrul telah meletakkan tanaman hidup seperti pokok termasuklah meja serta kerusi kecil. Jadi jika ada waktu lapang bolehlah lepak santai di kawasan balkoni tersebut.

Bahkan dia turut meletakkan bidai di balkoni tersebut agar cahaya matahari terik tidak membuatkan rumah menjadi panas.

Hiasan daripada kayu dan juga pokok-pokok ini secara tidak langsung membuatkan rumah Nasrul turut kelihatan estetik.

“Biarlah bukan rumah sendiri pun, yang penting kita selesa,” katanya.

Image from: Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]
@_nasrulaziz

biarlah bukan rumah sdiri pun.. yg penting kita selesa #dekorasirumah #kuarterskerajaan #kuarterspolis #decorumah #fypシ゚

♬ suara asli – Elwulandari – el | ig : elwulandari

Ramai puji rumah dihias cantik dan kemas

Melihat di ruangan komen ramai yang turut terpegun dengan hiasan rumah Nasrul.

Bahkan ada juga yang bertanya daripada mana dia membeli segelintir barangan kerana ingin membelinya.

Tak kurang ada yang mengatakan ia bukan sekadar kelihatan cantik tetapi kemas kerana segala barangan disusun rapi.

“Kuarters polis tapi sebelum tu nampak lebih teruk dari PPR”

Image from: Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]

“Sama macam kuarters di Tambun, Ipoh. Tempat saya duduk dulu. Bila dah hias, lawalah kan. Suka beranda dia best.”

Image from: Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]

“Tak kisah lah kuarters ke rumah sendiri ke, kita elok-elok, bersih dan kemas sebab kita yang mengadap setiap hari”

Image from: Dari ‘Kusam & Buruk,’ Lelaki Transform Rumah Kuarters Polis Jadi Cantik Dan Kemas [Video]
View Original Article