Dari London ke Rio: Jorginho pilih cabaran baharu

Football
7 Jun 2025 • 11:36 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Jorginho (kiri) galas cabaran baharu bersama Flamengo.

PEMAIN tengah Itali, Jorginho menyertai kelab Brazil, Flamengo selepas keluar mengakhiri khidmat bersama gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) Arsenal.

Pemain berusia 33 tahun itu pada mulanya dijadualkan meninggalkan skuad The Gunners apabila kontraknya tamat pada 30 Jun ini.

Bagaimanapun, kelab London itu mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama dengan Jorginho untuk menamatkan kontraknya berkuat kuasa serta-merta.

Langkah ini membolehkan pemain kelahiran Brazil itu melengkapkan perpindahan ke Flamengo, yang mengumumkan ketibaannya pada Sabtu.

Perpindahan ini berlaku sebelum Flamengo menyertai kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA yang akan bermula di Amerika Syarikat pada 14 Jun.

Jorginho pertama kali tiba di EPL apabila menyertai Chelsea dari sensasi Serie A Itali, Napoli pada 2018.

Sepanjang di Stamford Bridge, beliau telah memenangi trofi Liga Juara-Juara, Liga Europa, Piala Super UEFA, dan Piala Kelab Dunia FIFA bersama The Blues

Beliau kemudiannya berpindah ke Arsenal pada Januari 2023 dan membuat 78 penampilan untuk kelab utara London berkenaan.

"Semua di Arsenal ingin ucap terima kasih kepada Jorgi atas sumbangannya kepada kelab dan kami mendoakan yang terbaik untuk beliau serta keluarganya pada masa depan," kata kelab itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved