Dari Old Trafford ke BayArena?

Football
15 May 2025 • 8:13 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ten Hag.

BEKAS pengendali Manchester United, Erik ten Hag, dilaporkan dalam senarai pendek Bayer Leverkusen untuk mengisi jawatan ketua jurulatih mereka yang baharu.

Namun, bekas pengendali Ajax Amsterdam dari Belanda itu yang dikaitkan dengan BayArena itu juga terbuka untuk kembali beraksi di kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leverkusen kini giat mencari pengganti kepada Xabi Alonso, yang minggu lalu mengumumkan akan meninggalkan kelab pada akhir musim ini.

Ten Hag, yang menganggur sejak meninggalkan Old Trafford pada Oktober lalu, merupakan salah seorang calon yang dipertimbangkan mengisi kekosongan bersama Die Werkself itu.

Biarpun demikian, Leverkusen masih belum membuat keputusan muktamad mengenai calon pilihan mereka.

Sementara itu, terdapat jangkaan di kelab Como bahawa pengendali mereka, Cesc Fabregas – yang sebelum ini turut diintai Leverkusen – akan kekal bersama kelab Serie A itu untuk musim 2025-26.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved