Dari Parlimen ke mahkamah, Bella Astillah setia hadir sokong Syed Saddiq

LocalPolitics
19 Mar 2025 • 10:01 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah setia hadir sokong Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini.

Menerusi video tular dimuat naik di platform TikTok, Bella atau nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah kelihatan cantik mengenakan baju kurung ketika hadir di mahkamah pada jam 8.40 pagi.

image is not available

image is not available

Bella Astillah setia hadir sokong Syed Saddiq

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, Bella merupakan seorang wanita yang luar biasa.

“Saya terhutang budi dengannya,” kata ahli politik itu ketika sidang media.

image is not available

Kredit Foto: NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Hari ini, Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Syed Saddiq terhadap sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Armada, didengar oleh tiga panel hakim.

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta selepas beliau didapati bersalah.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid mengenakan hukuman berasingan bagi setiap pertuduhan, termasuk penjara tiga tahun dan sebatan bagi pecah amanah, dua tahun bagi salah guna harta, serta dua tahun dan denda RM5 juta bagi pengubahan wang haram. Jika gagal membayar denda, Syed Saddiq boleh dipenjara tambahan empat tahun.

Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

image is not available

Sebelum ini, Bella Astillah pernah menemani Syed Saddiq ke sidang Dewan Rakyat dalam pakaian sedondon. Anak sulung Bella, Mohamed Ayden Adrean, turut hadir dengan gaya ala Ahli Parlimen, lengkap dengan kot kelabu dan tanda nama. Video kehadiran mereka dikongsi oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sumber: TikTok hehazzzzzzzs