Dari penginapan sehingga makanan, semua terasa Mesra Muslim di Taiwan!

LocalTravel
20 Nov 2024 • 12:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Mesra Muslim di Taiwan

Tahukah anda? Terdapat pelbagai lokasi menarik sekiranya berkunjung ke Taiwan! Dari penginapan Mesra Muslim sehingga makanan halal, semuanya terasa mudah apabila berada di sana.

Lokasi Mesra Muslim di Taiwan!

Lokasi penginapan seperti Sheraton Taoyuan Hotel dan Tai-Yi Red Maple Resort antara yang menjadi pilihan. Ini kerana mereka menyediakan fasiliti dan kemudahan khusus buat pengunjung Muslim.

image is not available

Kemudahan buat pengunjung Muslim Tai-Yi Red Maple Resort

Tidak membawa seterika ketika melancong? Jangan risau! Kedua-dua penginapan itu ada menyediakan peralatan elektrik tersebut, jadi tidak perlu susah hati soal kedutan pada tudung dan pakaian yang mahu digayakan nanti. Baru yakin nak berjalan-jalan di sekitar Taiwan!

Begitu juga dengan makanan disajikan secara buffet, pihak hotel meletakkan label pada menu tidak halal sekali gus memudahkan pengunjung Muslim untuk memilih makanan bertepatan syariat.

image is not available

Label tidak halal diletakkan di sudut ruang makanan

Selain itu, lokasi tarikan seperti Songboling Visitor Centre, Sun Moon Lake, Cona’s Chococastle dan Formosan Aboriginal Culture Village memang sesuai untuk anda yang mahu menyelami sejarah atau budaya puak Orang Asli Taiwan.

image is not available

Keindahan panorama di Sun Moon Lake

Sebagai contoh di Formosan Aboriginal Culture Village, pengunjung dapat melihat sejarah serta kebudayaan Orang Asli yang dipersembahkan kepada pelancong tempatan dan luar negara dengan cara unik.

Selain pameran, mereka turut menyanyikan lagu tradisional dan menampilkan tarian antaranya daripada suku kaum Paiwan, Puyuma, Saisiyat, Rukai, Ami Tao dan banyak lagi!

image is not available

Tarian tradisional Orang Asli Taiwan

Ternyata tanpa ragu-ragu lagi, Taiwan adalah lokasi yang perlu ada dalam ‘bucket list’ anda! Untuk maklumat lanjut, layari web rasmi Taiwan Tourism.