SHAH ALAM, 21 SEPT: Program Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat menghimpunkan pimpinan dan ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Stadium Axiata Bukit Jalil, di sini malam tadi.
Beberapa pemimpin berkongsi sejarah dan memori mereka dalam gerakan reformasi sepanjang 26 tahun selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri atas dakwaan salah guna kuasa dan salah laku seksual pada September 1998.
Presiden KEADILAN itu dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada April 1999 dan dibebaskan pada September 2004 namun beliau sekali lagi dihukum penjara lima tahun pada 7 Mac 2014.
Gerakan reformasi yang bermula pada September 1998 melalui perjalanan getir dan penuh ranjau akhirnya membuahkan hasil apabila parti itu mencapai kejayaan termasuk kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri pada pilihan raya umum (PRU) 2008.
Episod 20 tahun Anwar keluar-masuk penjara berakhir selepas diberi pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V pada 16 Mei 2018 dan beliau akhirnya dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 November 2023.
Perdana Menteri dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Persembahan kumpulan muzik Bunkface ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Penyokong ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penyokong ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Persembahan perhimpunan Bersih ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil berucap ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR
Sebahagian daripada ribuan penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) ketika Himpunan Keadilan Suara Rakyat Suara Keramat di Stadium Axiata Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 20 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR