Dari RM48, Tiket MYAirline Sudah Dibuka Untuk Tempahan Sehingga 30 November Ini

26 Nov 2022 • 12:14 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jualan tiket penerbangan MYAirline kini dibuka sehingga 30 November 2022

Dari RM48, Tiket MYAirline Sudah Dibuka Untuk Tempahan Sehingga 30 November Ini. Syarikat penerbangan tambang rendah baharu, MYAirline, kini sudah dibuka untuk tempahan tiket penerbangan.

Dari 26 November 2022 sehingga 30 November, anda boleh menempah tiket penerbangan anda daripada harga bermula dari RM48 ke destinasi terpilih.

image is not available
Dari RM48, Tiket MYAirline Sudah Dibuka Untuk Tempahan Sehingga 30 November Ini

Langkawi, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching sahaja

MYAirline baru-baru ini mengumumkan bahawa tiket penerbangan mereka ke destinasi terpilih akan dibuka pada 26 November 2022 untuk tempahan sehingga 30 November 2022.

Pelanggan yang menempah tiket penerbangan mereka hari ini hingga 30 November 2022 boleh memilih untuk melakukan perjalanan antara 1 Disember 2022 – 25 Mac 2023.

Harga tiket adalah seperti berikut:
KUL – LGK: Dari RM48
KUL – KCH: Dari RM68
KUL – BKI: Dari RM88

Penerbangan ke dan dari destinasi terpilih iaitu Langkawi, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching disediakan setiap hari. Berikut adalah jadual penerbangan untuk destinasi yang dinyatakan:

image is not available
Kredit foto: Twitter @MYAirline

Untuk membuat tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di myairline.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved