Dari rumah daif, ibu tunggal kini punya tempat tinggal lebih selesa

5 Jul 2025 • 11:00 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

BEAUFORT: Nasib seorang ibu tunggal yang sebelum ini tinggal di rumah daif akhirnya terbela hasil inisiatif kerajaan menerusi bantuan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ).

Bagi Jamaliah Ibrahim, 53, bantuan berkenaan adalah satu rahmat buat mereka sekeluarga kerana tidak terbayang langsung untuk mempunyai rumah yang lebih selesa dan selamat.

Ibu kepada empat anak ini berkata, pendapatan arwah suami yang hanya bekerja kampung, sekadar cukup untuk makan minum sekeluarga dan tidak memungkinkan mereka mampu membina rumah baharu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Sebelum ini, kami sekeluarga tinggal di rumah pusaka milik suami yang sudah tidak selamat didiami kira-kira 30 tahun, malah sering dimasuki air ketika hujan kerana kondisinya yang amat usang.

“Namun kini, kami gembira kerana akhirnya dapat tinggal di rumah yang bukan saja selesa, tapi selamat tanpa perlu khuatir sekiranya hujan,” katanya gembira.

Bagaimanapun, jelas riak kesedihan yang mendalam di wajah Jamaliah kerana arwah suaminya tidak kesampaian bersama mereka tinggal di rumah SMJ setelah meninggal 25 tahun lalu.

“Jika arwah suami masih hidup, sudah tentu beliau orang yang paling gembira dengan bantuan ini kerana akhirnya kami sekeluarga dapat merasai tinggal di rumah baharu.

“Namun, saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan khususnya Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Haji Noor) atas bantuan ini.

“Penghargaan juga kepada wakil rakyat Lumadan, Datuk Ruslan Muharam di atas usahanya hingga kami menerima rumah SMJ ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Kunci Rumah SMJ di Kampung Selinsing, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, sebanyak 60 buah untuk pakej tahun ketiga rumah SMJ bagi kawasan ini telah siap dan diserahkan kepada golongan sasar.

Untuk pakej tahun ini katanya, 40 rumah SMJ lagi kini dalam pelaksanaan pembinaan dan pihaknya mensasarkan untuk diselesaikan dalam masa terdekat.

“Walaupun kita sudah selesaikan 100 rumah SMJ, namun jumlah pemohon layak masih ramai yang perlukan bantuan sama ini di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan ini.

“Insha Allah, kita akan teruskan bantuan rumah SMJ sekiranya kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih diberi mandat selepas pilihan raya negeri (PRN17) ini,” katanya.