Dari Sabah Ke Global! Gelombang #JusticeForZara Tersebar Ke Seluruh Dunia, Ramai Bangkit Tuntut Keadilan

13 Aug 2025 • 3:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sikap kebersamaan dalam menegakkan keadilan buat arwah Zara Qairina Mahathir, pelajar Tingkatan Satu dari Sipitang, Sabah kini sudah ke peringkat antarabangsa.

Isu tragis yang menimpa arwah tidak lagi hanya menjadi topik hangat di Malaysia, tetapi turut mendapat perhatian luas di Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, China, Jepun, Kemboja, Myanmar, Laos, malah hingga ke United Kingdom dan Amerika Syarikat.

image is not available

Semua tunjuk solidariti, mahu keadilan

Rakyat di negara berkenaan turut menggunakan #JusticeforZara untuk meluahkan perasaan mereka sebagai tanda solidariti dan bukti kebersamaan dalam menuntut keadilan buat mangsa.

Bukan itu sahaja, masyarakat luar negara turut menyatakan kerisauan mereka untuk menghantar anak ke sekolah berasrama penuh kerana bimbang insiden tragis seperti yang menimpa Zara boleh berulang lagi.

Kami mahukan keadilan buat Zara Qairina.

@www.amjadkhan4 Justice for Zara at Tokyo, Japan .. We just want justice for ZARA.. #justiceforzara #malaysia #japan ♬ JUSTICE FOR ZARA QAIRINA – Song Of Norsalim Ali

image is not available

Berita pemergian Zara Qairina mendapat liputan meluas di seluruh dunia dan ramai turut menggesa kerajaan Malaysia untuk tidak berlengah-lengah dalam membuat siasatan.

image is not available 2025-08-13 14:38:35

(TERKINI) Jabatan Peguam Negara Arah Inkues Kematian Zara Qairina