Dari Sabah Ke Sarawak, Ini 7 Senarai Kuih Tradisional Khas Dari Borneo Yang Perlu Anda Cuba

24 Oct 2023 • 8:46 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kuih warisan dari Sabah dan Sarawak yang anda wajib cuba

Dari Sabah Ke Sarawak, Ini 7 Senarai Kuih Tradisional Khas Dari Borneo Yang Perlu Anda Cuba. Sabah dan Sarawak, dua negeri yang terletak di pulau Borneo, menawarkan pelbagai jenis kuih tradisional yang mencerminkan kekayaan budaya dan sejarah setempat.

Berikut merupakan 7 senarai kuih tradisional khas dari Sabah dan Sarawak:

1. Kuih Jala

Kuih jala, dikenali sebagai lapung dalam bahasa Bidayuh Bukar, merupakan kuih tradisional masyarakat etnik di Sarawak. Walaupun di Semenanjung Malaysia terdapat juga kuih yang bernama kuih jala, versi Sarawak ini mempunyai tekstur yang berbeza, ianya lebih kering, rapuh dan garing bila dinikmati. Kuih ini menjadi kegemaran ramai dan sering dihidangkan semasa musim perayaan di Sarawak. Di sana, kuih tradisional ini dianggap sebagai salah satu makanan wajib semasa perayaan.

image is not available
Sumber: Google

2. Kuih Cincin

Kuih cincin adalah salah satu kuih tradisional masyarakat Melayu Brunei yang berasal dari Sabah. Bagi penduduk di Sabah, kuih cincin dianggap sebagai makanan khas yang istimewa.

Kuih cincin dibuat daripada bahan-bahan seperti gula, gula nipah atau gula apong, tepung beras, minyak masak, air, dan gula Melaka.

image is not available

Campuran ini akan dibentuk menyerupai bunga cincin dan kemudian dicelup ke dalam adunan tepung beras sebelum digoreng. Selepas itu, ia akan dicelup sekali lagi ke dalam adunan tepung beras dan digoreng untuk kali kedua, supaya ia menjadi lebih rangup.

3. Kuih penyaram

Kuih pinjaram, yang juga dikenali sebagai penyaram, adalah kuih tradisional yang terkenal di Sabah dan Brunei. Kuih ini juga mendapat tempat di hati masyarakat Bajau.

Kuih pinjaram diperbuat daripada tepung beras, tepung jagung, santan, dan minyak. Kadang-kadang, daun pandan ditambah untuk memberikan aroma yang wangi.

Semasa menggoreng kuih pinjaram, ia perlu dibalik supaya kedua-dua sisinya garing dengan sempurna. Ia paling sedap apabila dihidangkan dalam keadaan panas.

4. Kuih selorot

Clorot, yang juga dikenali sebagai celorot, cerorot, atau jelurut, ialah sejenis kuih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras dan santan, yang kemudiannya dibungkus dengan janur atau daun kelapa muda berbentuk kerucut.

Kuih ini adalah sejenis makanan ringan tradisional yang boleh dijumpai di Indonesia, Malaysia, dan Brunei.

Di Jawa, kuih ini dikenali sebagai clorot atau celorot dan sering dianggap sebagai makanan ringan tradisional Jawa.

Manakala di Bali dan Lombok, ia dikenali sebagai cerorot.

Sementara di Brunei dan Sabah, nama jelurut lebih dikenali untuk merujuk kuih ini.

5. Tebaloi

Tebaloi, yang juga dikenali sebagai biskut sagu, ialah kuih tradisional yang berasal dari Sarawak. Kuih ini dianggap sebagai warisan dan makanan khas masyarakat Melanau, salah satu kaum yang mempunyai keunikan tersendiri di Sarawak.

image is not available

Biasanya, tebaloi dibentuk dalam bentuk segi empat tepat, berwarna kekuningan dan dipotong dalam kepingan yang nipis.

6. Koling-Koling

Koling-Koling (dikenali juga sebagai Bangi-Bangi) merupakan makanan tradisional kaum Bajau dari Semporna, Sabah, Malaysia. Kuih ini biasanya disediakan semasa perayaan atau jamuan khas.

image is not available

Proses pembuatannya amat menarik untuk diperhatikan. Bahan-bahan utama untuk membuat Koling-Koling termasuklah tepung beras, telur, santan, sedikit gula dan tepung. Kuih ini mempunyai tekstur yang lembut dan rasa manis, dan ia paling sedap apabila dihidangkan dalam keadaan panas.

7. Kelupis

Kelupis adalah makanan khas yang sedap dinikmati ketika masih panas dan boleh ditemui dengan mudah di pasar tamu. Ia kerap dihidangkan semasa majlis perkahwinan, hari raya, dan juga pelbagai acara istimewa lain.

image is not available

Kelupis diperbuat daripada beras pulut dan santan, dan dibungkus dengan daun Nyirik sebelum direbus bersama santan. Apabila siap, Kelupis boleh dihidangkan bersama kari ayam atau daging, rendang, sambal, dan pelbagai lauk pauk yang lain.

Baca lagi artikel menarik:

https://www.iloveborneo.my/pulau-ketiga-terbesar-di-dunia-sejarah-borneo/

https://www.iloveborneo.my/minum-petang-di-sarawak-bersama-kuih-klasik-tempatan/