Dari Saga Ke S70: Proton Juarai Jualan Sedan Di M'sia

LocalCars
21 Oct 2024 • 11:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, Proton kekal sebagai jenama terlaris bagi kereta sedan di Malaysia apabila sebanyak 3.85 juta unit terjual sejak pelancaran Proton Saga pada 9 Julai 1985.

image is not available

Sepanjang 40 tahun penubuhannnya, Proton berjaya menghasilkan Proton Saga, Proton Wira dan Proton Waja, yang pernah digunakan sebagai kereta polis di Humberside County, United Kingdom.

image is not available

Tidak ketinggalan dua generasi Proton iaitu Persona, Prevé, dan kini ialah Proton S70.

Dilancarkan pada bulan November tahun lalu, Proton S70 menjadi pilihan utama dalam kategori sedan-C dalam jangka masa yang cepat, dengan jumlah jualan tahun-ke-tahun mencecah 14,877 unit sehingga bulan September.

image is not available

Jualan keseluruhan telah mengatasi pesaing lain dalam kategori yang sama, dengan purata 1,640 unit terjual sebulan sejak bulan Januari tahun ini.

Model ini mendahului jualan dalam segmennya, dengan tiga negeri teratas iaitu Selangor, Johor, dan Pulau Pinang.

Namun, penyumbang terbesar dalam kumpulan ini ialah Proton Saga yang sentiasa relevan, dengan jualan melebihi 2 juta unit sejak pelancarannya pada 9 Julai 1985 hingga bulan September tahun ini.

image is not available

Model ini telah melalui perubahan besar menerusi tiga generasi, dengan peningkatan dari segi keselamatan, reka bentuk, prestasi, keselesaan dalaman dan ciri-ciri, pembangunan platform dan casis, serta badan yang lebih kukuh.

Bagi sedan Proton, pengalaman pemanduan yang responsif, rekod keselamatan, serta keseronokan di belakang stereng memainkan peranan besar dalam menarik minat pembeli kereta.

Seiring dengan perubahan zaman, model-model ini turut memperkenalkan peningkatan keselamatan yang relevan, seperti sistem brek anti-kunci (ABS), beg udara, pretensioner tali pinggang keledar, struktur badan yang dibentuk dengan hot-press form, dan baru-baru ini dengan Proton S70, ciri-ciri ADAS (Advanced Driver Assistance Systems) tahap 2 seperti bantuan pertukaran lorong, brek kecemasan automatik, kawalan pemanduan pintar, serta maklumat papan tanda trafik untuk memastikan sedan Proton kekal di barisan hadapan teknologi keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata, pihaknya berbangga dengan hubungan dengan keluarga Malaysia, yang bermula sejak tahun 1980-an.

image is not available

“Sedan kami yang bermua dari Saga yang ikonik hingga S70 yang inovatif, bukan sahaja berfungsi sebagai kereta pertama yang boleh diharap tetapi juga telah menjadi warisan keluarga yang dihargai, mencipta kenangan yang abadi merentasi generasi.

“Dengan lebih 3.85 juta unit terjual, kami terus komited untuk memberikan kualiti, keselamatan, dan inovasi, memastikan setiap kenderaan mencerminkan dedikasi kami terhadap keperluan pelanggan yang semakin berkembang.

Bagaimanapun, pihak Proton tidak menafikan bahawa rakyat Malaysia lebih suka kereta sedan Proton kerana gaya dan praktikalitinya.

Misalnya, Proton Saga mempunyai ciri unik yang mengingatkan pemandu untuk memeriksa kenderaan mereka bagi memastikan tiada barang atau kanak-kanak yang tertinggal sebelum keluar dari kereta, manakala Proton Persona menawarkan ruang but sebanyak 500 liter, memudahkan perjalanan jauh dengan bagasi.

image is not available

Sementara itu, Proton S70 menetapkan piawaian lebih tinggi dengan menggabungkan ciri-ciri seperti lampu hadapan LED, kamera 360 darjah, evolusi terkini perisian dalam kereta PROTON, skrin sentuh 12.3 inci, dan juga bumbung suria, yang terus meningkatkan lagi tahapnya dalam segmen ini.

image is not available

Tinjauan terbaru oleh Insight Asia yang melibatkan 277 peserta berumur antara 22 hingga 59 tahun mendedahkan bahawa pembeli mengutamakan kemampuan, keselesaan, dan keselamatan, bersama dengan reka bentuk yang bergaya dan moden.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Sebab-sebab utama untuk memilihnya termasuk estetika yang menarik, kuasa yang baik, dan nilai keseluruhan yang berbaloi, bermula dari lebih RM70,000. Ramai pemilik telah naik tarafdari segmen yang lebih kecil dan tidak mempertimbangkan model lain, melihat model ini sebagai unik dalam kelasnya.

View Original Article