Dari SEVENTEEN Hingga IVE, Comeback Bulan Oktober Bersaing Sengit

Music
2 Oct 2023 • 2:34 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Wow persaingan sengit bakal bermula!

Industri muzik Korea bakal digegarkan dengan kemunculan semula pada bulan Oktober selepas penyanyi serta kumpulan-kumpulan Korea seperti SEVENTEEN, IVE, dan Lim Young-woong bakal melakukan kemunculan semula.

Kumpulan ONF yang baru sahaja menyelesaikan latihan ketenteraan bakal menjadi kumpulan pertama yang bakal melakukan kemunculan semula pada 4 Oktober dengan album mini ketujuh mereka iaitu ‘LOVE EFFECT’ dan bakal disusuli dengan kemunculan semula NCT 127 dengan album penuh kelima mereka ‘FACT CHECK’ yang bakal dikeluarkan pada 6 Oktober ini.

Selain itu, Lim Young-woong yang merupakan antara penyanyi solo kegemaran ramai juga dijangka bakal menghiasi kembali industri muzik selepas mengumumkan kemunculan semula pada 9 Oktober ini dengan single digital terbarunya.

image is not available

SEVENTEEN yang mendahului pelbagai carta domestik dan antarabangsa dengan album mini kesepuluh mereka ‘FML’ pada bulan April yang lalu juga telah mengumumkan kemunculan kembali mereka dengan album mini kesebelas yang berjudul ‘SEVENTEENTH HEAVEN’ pada 23 Oktober ini

Album baru SEVENTEEN iaitu ‘SEVENTEENTH HEAVEN’ yang diambil dari perkataan ‘SEVENTH HEAVEN’ di mana mereka akan memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga kepada para peminat mereka. Dalam masa yang sama, SEVENTEEN juga sedang membuat perancangan untuk mengadakan festival besar-besaran bersama dengan peminat mereka dimasa yang akan datang.

Jadi korang dah bersedia ke belum?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.