Dari Skrin Ke Dewan Kuliah! Bront Palarae Kini Profesor Adjung Di MMU

EntertainmentTechnology
1 Mar 2025 • 10:26 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
bront palarae

Bront Palarae, pelakon berbakat yang namanya tidak asing lagi dalam dunia seni, kini rasmi bergelar Profesor Adjung di Fakulti Seni Sinematik (FCA), Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh Bront menerusi media sosial, manakala MMU turut mengeluarkan pengumuman rasmi di laman mereka.

Kenapa Bront Palarae dipilih?

image is not available

Pelantikan Bront bukan calang-calang! MMU menjelaskan bahawa pengalaman dua dekad dalam industri seni menjadikannya calon terbaik untuk jawatan ini.

Bront Palarae ialah seorang profesional terkenal industri hiburan Malaysia dengan pengalaman selama dua dekad dalam lakonan, penerbitan dan penceritaan.

Beliau sudah membintangi lebih 70 filem di tujuh negara, termasuk memfokuskan aktiviti karier seninya di tanah air, Indonesia dan Thailand.

Seorang tokoh terkemuka dalam industri filem, Bront sudah berkhidmat dalam Jawatankuasa Penasihat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).- Kata kenyataan itu.

Bukan sekadar pelakon, Bront juga aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan. Beliau pernah menjadi duta Unicef Malaysia untuk kempen Janji Saya Kepada Kanak-Kanak (2014-2015), memperjuangkan hak serta kesejahteraan kanak-kanak.

Sebaris dengan nama-nama besar…

Bront bukan satu-satunya individu yang menerima pengiktirafan ini. Dua ikon animasi negara, Nizam Razak dan Usamah Zaid Yassin, turut dilantik sebagai Profesor Adjung di Fakulti Kreatif Multimedia (FCM), MMU.

image is not available

image is not available

Dengan jawatan ini, Bront kini sebaris dengan selebriti terkenal lain seperti Datuk Afdlin Shauki, Datuk Aznil Nawawi, Datuk Rizalman Ibrahim, Datuk Ras Adiba Radzi, dan Datuk Cef Wan.

#ApaKataOhmedia

Pelantikan Bront Palarae sebagai Profesor Adjung di MMU memang sesuatu yang patut dibanggakan. Ini bukan sekadar pengiktirafan kepada dirinya, tetapi juga membuktikan bahawa industri seni Malaysia dihargai dan mempunyai tempat dalam akademik.

Dengan pengalaman luasnya dalam perfileman serta penglibatannya dalam isu sosial, Bront adalah contoh seniman yang bukan hanya berkarya, tetapi juga berbakti kepada masyarakat. Tahniah, Bront!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Facebook Bront Palarae


The post

appeared first on

.