Dari Utara Ke Selatan, Tiada Lagi Tempat Selamat Di Gaza

4 Dec 2023 • 3:01 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Sebaik sahaja genjatan senjata selama enam hari telah tamat, serangan dari Israel terhadap Semenanjung Gaza semakin mengganas apabila lebih 700 kematian telah direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Menurut laporan Al Jazeera, angka kematian itu menjadi salah satu rekod tertinggi sejak peperangan bermula pada 7 Oktober lalu yang menyebabkan tiada lagi tempat selamat di Gaza dari Utara hingga ke Selatan.

Tiada tempat selamat di Gaza

image is not available

image is not available

Difahamkan, tentera Israel menyasarkan kem pelarian Jabalia untuk hari kedua. Beberapa rumah musnah, mengorbankan berpuluh-puluh orang dan banyak mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

Israel juga telah menyeru penduduk dari kawasan kejiranan tertentu di Khan Younis di selatan Gaza untuk berpindah. Jalan raya menuju ke bahagian lain bandar atau lebih jauh ke selatan telah musnah atau rosak teruk.

image is not available

image is not available

Menurut Kementerian Kesihatan di Gaza, lebih 15,500 orang telah disahkan terbunuh di Gaza sejak bermula konflik.

Jurucakap Pertahanan Awam Palestin memberitahu keadaan di seluruh Gaza adalah terlalu buruk serta memberi amaran bahawa penyelamat kekurangan sumber untuk merawat mangsa pengeboman Israel.

“Terdapat berpuluh-puluh orang awam terbunuh dalam setiap serangan udara. Beratus-ratus juga cedera,” kata Mahmoud Basal.

image is not available

Lelaki Palestin sedang mencari mangsa di bawah runtuhan

image is not available

Sumber: Al Jazeera