Daripada ‘red flag’, Niezam Zaidi dah jadi ‘green flag’

EntertainmentMovie
3 Oct 2026 • 11:50 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Daripada ‘red flag’, Niezam Zaidi dah jadi ‘green flag’

SUMPAH Mencintai arahan Rashid Sibir yang menemui penonton sejak 14 September lalu menawarkan jalan cerita yang sarat dengan emosi dan air mata.

Naskhah ini mengangkat kisah penderitaan Kiera lakonan Siti Hariesa yang hidupnya dirundung malang akibat dipalit sumpah seorang ibu dan diselubungi rahsia kelam.

Di sebalik derita Kiera, muncul Zakief (Niezam Zaidi) sebagai pelindung sehingga dipuji penonton sebagai lelaki ‘green flag’ dan berjaya mencuri hati ramai. Bayangkan daripada seorang pelakon yang ‘pekat’ dengan karakter antagonis menghidupkan watak budiman dalam ‘bahasanya’ tersendiri. Ramai yang suka.

Drama ini turut dibintangi Nafiez Zaidi, Yuna Rahim dan Uyaina Arshad menambahkan lagi perencah konflik yang menyesakkan dada. Karya 24 episod itu boleh ditonton pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

The post Daripada ‘red flag’, Niezam Zaidi dah jadi ‘green flag’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved