Dariya Inara sudah besar! Jep Sepahtu berdebar anak perempuan masuk darjah satu

LocalEntertainment
13 Feb 2025 • 4:05 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon dan pelawak, Jep Sepahtu berdebar apabila anak perempuannya, Dariya Inara bakal menjadi seorang murid darjah satu untuk sesi persekolahan baharu yang akan bermula tidak lama lagi.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jep atau nama sebenarnya Jep atau Mohd Nadzri Zainal Abidin di laman Instagramnya, dia berkongsi sebuah foto Dariya lengkap berpakaian sekolah sambil meletakkan tanda pagar ‘darjah 1’.

Jep Sepahtu berdebar

Instagram will load in the frontend.

“Rehearsal guys! Abah yang berdebar,” ujarnya ringkas di ruangan kapsyen.

Jep Sepahtu berdebar

image is not available

image is not available

Tak sangka dah besar anak Shuib!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak menyangka anak perempuan Jep sudah membesar dengan baik dan mereka mendoakan agar segala urusan persekolahan anak-anak pasangan itu dipermudahkan.

image is not available image is not available

Goodluck abah, semoga kuat!
image is not availableimage is not available

Sekadar info, Jep mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, Muhammad Khidir, dan Abu Bakr.

Sebelum ini, Sari Yanti pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Edy Casmadi Che Hussin pada 16 Januari 2009 namun berpisah pada Disember 2014. Hasil perkahwinan itu, dia memiliki dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al-Aliy dan Baasit Al-Haq.

Sumber: Instagram @Jep Sepahtu