Darkplates 2.0 PS5 Slim Dbrand: 100 ribu dah daftar minat untuk belinya, kenapa?

TechnologyGaming
17 Oct 2024 • 12:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dbrand bersiap sedia untuk lancarkan panel custom untuk PS5 Slim. Ia berada dalam siri Darkplates 2.0 dan pengumumannya dijangka berlaku pada jam 1 pagi, 18 Oktober 2024. Tahukah anda produk baru ini telahpun terima lebih 100 ribu pendaftaran minat? Kenapa?

Dbrand elak disaman Sony dengan rekaan panel sebegini

Merujuk pada badan PS5 Slim, ia terdiri daripada 4 panel berasingan dengna dua di setiap sisi. Jadi untuk mengelakkan persamaan pada segi rekaan, Dbrand menggabungkan dua panel menjadi satu untuk menjadikan hanya dua panel sahaja diperlukan untuk PS5 Slim.

image is not available

Ia berbeza sewaktu Darkplates 2.0 untuk PS5 yang asal apabila ia memang datang dengan dua panel untuk setiap set dan untuk itu, Sony terus menyerang Dbrand dengan melalui saluran perundangan.

Darkplates 2.0 PS5 Slim ambil beberapa kue daripada PS5

Darkplates 2.0 untuk PS5 Slim kelihatan mengambil beberapa rekaan praktikal daripada versi PS5 yang biasa. Pertama sekali adalah panel sisi ada lubang pengudaraan untuk menambah baik sistem kawal selia haba konsol permainan itu.

image is not available

Bahagian kaki penyangga turut mengguna pakai solusi magnet untuk penjajaran secara automatik. Kaki penyangganya diperbuat dariapda plastik yang tegap dan teguh. Ia memudahkan gamers yang mahukan setup konsol secara melintang dilakukan.

image is not available

Harga Darkplates 2.0 PS5 Slim

Harga jualan Drakplates 2.0 untuk PS5 Slim masih belum ada. Namun, versi PS5 biasa adalah bermula USD59.05 (~RM254). Jadi anda boleh jangkakan harga sekitar itu apabila ia dilancarkan kelak.

Anda boleh layari laman rasmi Dbrand Darkplates 2.0 PS5 Slim untuk maklumat lanjut.

View Original Article