Dasar Industri Perkapalan bakal diperkenal

4 Jul 2024 • 6:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anthony Loke

PUTRAJAYA - Dasar Industri Perkapalan Negara bakal diperkenalkan bagi memandu pertumbuhan industri perkapalan Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, dasar tersebut dijangka memberi tempias terhadap pelbagai sektor berkaitan selepas negara sebelum ini tidak mempunyai dasar khusus berkaitan industri perkapalan.

"Ini akan menggalakkan penggunaan kapal tempatan dan krew rakyat Malaysia untuk mengangkut kargo khususnya minyak dan gas serta sawit," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perkapalan dan Pelabuhan Kebangsaan (NSPC) di sini pada Khamis.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved