
Kota Kinabalu: Sabah dijangka memperoleh hasil antara RM24 bilion dan RM30 bilion setahun dalam tempoh 10 tahun daripada Dasar Industri Perkayuan (ITP), yang menyasarkan untuk membangunkan 400,000 hektar ladang hutan di seluruh negeri.
Pengerusi Jawala Plantation Industries Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Majid Khan berkata potensi hasil besar itu akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri selepas pemegang lesen Unit Pengurusan Hutan (FMU) mula menanam semula pokok di kawasan 400,000 hektar dalam tempoh 10 tahun atau 40,000 hektar setahun di seluruh Sabah, sejak tahun lepas.
Sebaik pelan tindakan Kerajaan Negeri yang dicadangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor direalisasikan, beliau berkata Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi terkaya dalam tempoh 10 tahun akan datang.
