Dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi diperkenal

11 Sep 2023 • 12:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membangunkan dasar larangan eksport bahan mentah nadir bumi bagi mengelakkan eksploitasi dan kehilangan sumber, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, Dasar Mineral Negara baharu juga dirangka bagi memacu pembangunan industri mineral yang menyeluruh berasaskan prinsip kemampanan dan kebertanggungjawaban.

“Kebijakan ini akan dijadikan panduan dalam melaksanakan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, kawasan sensitif alam sekitar dan kawasan perlindungan.

"Pemetaan terperinci sumber unsur nadir bumi dan model perniagaan menyeluruh yang menggabungkan industri huluan, pertengahan dan hiliran akan dibangunkan bagi mengekalkan rantaian nilai nadir bumi di dalam negara," katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata, industri nadir bumi akan muncul sebagai sumber pertumbuhan baharu berasaskan unsur nadir bumi bukan radioaktif yang mampan dan mesra alam.

"Unsur ini diperlukan dalam pembuatan bateri, super magnet dan alatan elektronik.

"Industri nadir bumi dijangka menyumbang sebanyak RM9.5 bilion kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara pada 2025 dan mewujudkan hampir 7,000 peluang pekerjaan," katanya.

Terdahulu, perlombongan unsur nadir bumi (REE) menjadi isu hangat sepanjang tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada Ogos lalu, khususnya di Kedah. - 11 September, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved